
Malangnya, wanita tersebut sedang sibuk melayani beberapa orang yang sibuk bertanyakan tentang spesifikasi beberapa kereta Honda. Saya cuma berkesempatan untuk bergambar dengan seorang model yang kelihatan lapang untuk melayani orang yang melalui kawasan itu. Lalu saya meminjam kamera kepunyaan Puteri Shamira dan memanggil seorang rakan saya untuk mengambil gambar saya bersama model tersebut.
"Excuse me, may I have a picture with you?" saya tanya kepad model tersebut.
"Yes! Of Course!!!" Model itu menjawab dengan gembira.
"One, Two, Three, ..." rakan saya mengambil gambar saya dengan model itu.
Hasilnya memang menarik. Saya tidak boleh berhenti ketawa melihat gambar saya dengan model tersebut. Saya kembalikan kamera kepunyaan Puteri tadi lalu Puteri memarahi saya kerana mengambil gambar yang "Tidak Senonoh". Saya cuma ketawa sahaja dan meminta pertolongan Puteri bagi memuat naik gambar saya tadi ke dalam internet. Ramai kawan lelaki saya cemburu dengan gambar saya bersam model itu kerana mereka juga mahu bergambar dengan Model-Model yang Jelita(hahaha)...
Terima Kasih sekali lagi kepada Puteri Shamira kerana memuat naik gambar ini kedalam internet. Semoga Puteri sentiasa ceria selalu disamping saya dan rakan-rakan yang lain...
Kepada pembaca, sila tambah saya kedalam Friendster, MySpace, Tagged anda. Anda juga boleh ber"chit-chat" bersama saya menggunakan Yahoo Messenger. Tambah saya melalui musang22693@yahoo.com
-Ahiro Mustaz