Salam sejatera kepada semua dan salam 1 Malaysia kepada semua yang sudi membaca blog saya. Laman blog ini sudah sekian lama dipenuhi dengan sawang-sawang lelabah oleh sebab saya kesibukan untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Bulan 5 ini akan diadakan Peperiksaan Pertengahahan Tahun dan soalan-soalan untuk peperiksaan ini disediakan oleh pihak JPN(Jabatan Pendidikan Negeri) Perak. Bukan di Perak sahaja malahan seluruh murid-murid Tingkatan 3 seluruh Malaysia akan menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh JPN negeri masing-masing. Semoga semua pelajar Tingkatan 3 termasuk saya akan berjaya dan lebih bersedia untuk menjawab soalan-soalan tersebut.
Sepanjang lelabah bersawang dalam blog ini, pelbagai pengalaman manis dan pahit yang telah saya lalui. Setakat ini masih belum lagi ada pengalaman pahit. Mungkin sebab ahli kelas sememangnya sporting dan tidak suka mengejek kelemahan ahli dalam kelas yang sama. Memang beruntung saya mendapat ahli kelas yang mempunyai sikap-sikap begini. Namun, jikalau anda masuk ke dalam kelas saya, anda tentu pening kepala melihat pelbagai telatah bagi setiap murid dalam kelas saya. Tapi, jikalau sudah terbiasa, anda akan melupakan segala runsingan tersebut. Bagi saya yang sudah bersama mereka selama 3 tahun sejak dari Tingkatan 1, saya sudah menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri.
Tidak lama lagi saya akan mencuba nasib untuk menjawab soalan-soalan IQ untuk pencarian kanak-kanak pintar. Program ini dilaksanakan kerajaan bagi mencari kanak-kanak pintar dan kanak-kanak ini akan ditempatkan di sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak pintar. Program ini dinamakan Permata Pintar. Saya pernah menjawab soalan Permata Pintar ini semasa saya Tingkatan 2, namun mungkin saya tiada nasib untuk memasuki sekolah tersebut. Mungkin kerana saya selalu angan-angan Mat Jenin sahaja. Saya berharap agar saya lulus dalam ujian Permata Pintar bagi tahun ini dan melayakkan saya untuk memasuki sekolah untuk Kanak-kanak pintar yang sememangnya istimewa. Doakan saya berjaya...
Apapun, persediaan untuk peperiksaan yang akan hampir tiba tidak saya lupakan. Ini bagi memastikan saya layak untuk memohon kemasukan ke sekolah asrama penuh. Saya juga akan mencuba meminta kemasukan ke sekolah teknik. Doakan saya berjaya untuk menghadapi peperiksaan dan berjaya untuk memasuki sekolah-sekolah asrama penuh ini.
Setakat ini sahaja apa yang saya boleh bicarakan dalam blog ini, saya cuma berharap dan meminta doa-doa tuan/puan sekalian untuk mendoakan kecemerlangan dan kejayaan yang saya impikan. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan budaya...
-Ahmad Mustaqim
-Munakata Nakashima Kyousuke
-musang22693@yahoo.com
No comments:
Post a Comment