Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Tutorial : Gwibber Social Client @ Ubuntu

Salam tuk semua pembaca. Tuk post kali ni, Mus akan fokus kan aplikasi2 yg terdapat dalam Ubuntu. "Gwibber Social Client" merupakan sebuah aplikasi untuk sosial, sudah semestinya. Dengan Gwibber, anda boleh sentiasa mengemaskini laman sosial anda tanpa perlu membuka sebarang browser. Gwibber secara umumnya memang terdapat dalam Ubuntu. Jadi, anda tidak perlu untuk ke Ubuntu Software Center untuk memuat turun aplikasi tersebut. Okay, lets move on... (^_^)

Okay, mula2 bukak Dash Home, boleh klik logo Ubuntu pada launcher atau tekan "Windows" pada keyboard. Lepas tu cari "Gwibber" pada ruang carian tu...

Klik pada icon tu tuk buka aplikasi Gwibber. Tuk pertama kali, Gwibber akan secara automatik membuka Setting untuk Online Account.


Dalam gambar tu memang dah ada dua akaun sebab Mus memang dah daftar akaun tuk facebook dan twitter. Anda boleh buat pilihan nak daftar akaun apa untuk digunakan oleh Gwibber. Selain itu, terdapat juga aplikasi2 lain yang turut menyokong perkhidmatan Online Account ini. Dalam tutorial ni, Mus akan cuba tambah akaun facebook untuk "integrate" dengan Gwibber.


Masukkan maklumat facebook anda untuk login akaun facebook. Kemudian, jangan lupa untuk "allow" Ubuntu untuk akses akaun anda. Ini bagi memudahkan segala urusan Gwibber dengan akaun anda. Contoh seterusnya, Mus akan cuba buat akaun Twitter pula...


Seperti langkah untuk facebook, masukkan maklumat login anda, kemudian klik "Authorize app"... Setelah selesai urusan maklumat, anda boleh mula menggunakan Gwibber. Gwibber secara automatik akan mula "sync" segala benda dalam akaun sosial anda ke dalam Gwibber.


Dalam gambar ni Mus bukak tab untuk Replies, dalam tab Replies ni semua mentions twitter akan integrate dlam nie. Jadi Replies merupakan "Mention" bagi twitter...


Okay, tuk gambar di atas ni, jika anda ingin buat sesuatu untuk setiap status/post, pabila anda gerakkan pointer mouse pada post tersebut, akan muncul ikon yang akan memberitahu anda samada post tersebut merupakan aktiviti facebook atau twitter (jika anda menggunakan dua2). Jadi, anda klik pada ikon tersebut dan akan keluar menu untuk sebarang tindakan. Dalam gambar tersebut, Mus sedang membuka pilihan untuk post akaun twitter.

Gwibber juga menyokong chatting, tapi dengan menggunakan Empathy. Empathy merupakan salah satu aplikasi sosial yang dikhaskan untuk "sync" dengan chat di laman sosial. Dari menu message, pilih Empathy.


Selepas klik, kotak dialog Empathy akan keluar. Anda boleh memulakan chat anda dengan hanya klik berganda pada nama kenalan yang ingin anda berbual. Anda juga boleh mengubah "mode" status anda pada kotak status chat Empathy. Dalam contoh ni, Mus buat status chat "Tutorial Mode".


Perkara yang menarik tentang Gwibber ni, aplikasi ni akan bagi notification bagi setiap chat, mention dan reply. Jadi anda tidak terlepas dari sebarang perkara walaupun anda sudah menutup tetingkap Gwibber dan Emphaty.


Untuk menyahaktifkan sebarang rangkaian laman sosial, anda boleh pergi ke Setting > Online Accounts , pilih akaun mana yang hendak dinyahaktifkan, dan gerakkan "slider" dari On kepada Off. Secara automatik, Gwibber akan tidak 'sync' dengan akaun yg anda tidak aktifkan. Jika hendak padam sebuah akaun, anda boleh pilih akaun dan pilih "remove account"...


Sebagai akhir, Gwibber juga akan sync segala aktiviti laman sosial anda ke dalam Dash. Anda cuma perlu membuka Dash dari launcher, dan buka tab Gwibber. Segala aktiviti laman sosial anda akan dikumpulkan serta dikategorikan... Anda juga boleh mengubah setting dari menu 
'filter result'...



Okay, jadi itu sahaja perkongsian ilmu mengenai Gwibber dalam post kali ini. Untuk pengetahuan semua, Mus juga masih lagi mentah dalam menggunakan aplikasi ini. Mungkin sebahagian dari anda bakal "mengutuk" aplikasi ini kerana Mus sendiri keliru untuk menggunakan aplikasi ini pada pertama kalinya. Tapi bagi Mus, aplikasi ini lebih memudahkan kerana Mus tidak perlu lagi hendak memasukkan segala maklumat login bila nak online...

"Tapi kan browser ade perkhidmatan auto complete?" Bitch Please, Mus tak suka simpan maklumat peribadi dalam komputer... Its private okay! Lagipon x selamat kalau simpan maklumat akaun dalam browser, terlampau senang nak dihack oleh orang lain walaupun dalam Guest Session.

"Nampak macam lagi banyak kekurangan dari kelebihan...." Memey ar, nama pon aplikasi online, perlu ka nak serba sempurna. Lagipon inikan Linux dan iainya sumber terbuka... Jadi terima sahaja apa yang telah mereka(penulis) telah buat dan hasilkan. Kerjasama adalah teras dalam membangunkan komuniti Sumber Terbuka dan Linux.

Huh, rasa tu je tuk kali ni. Mus nak ucapkan ribuan terima kasih buat para pembaca yang sudi membaca tutorial kali ini. Mus mintak maaf sebab jarang2 aktif dalam blog. Mus nak sampaikan salam sayang banyak2 buat kawan2 yg sudi di "screen shot" tuk tutorial Mus... Di harap korang2 dpat kongsikan laman blog Mus ni tuk kekawan yang lain. Di harap perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua...

"Buka dan terus buka... minda anda"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
- facebook - twitter - youtube -
cc : @nurasynira , @MuhdAqiuddin, @IzwanAnuar1 , @innocentfariss , @asyrafshaf, @meemzxra, @shidahbaharudin, @nadhirashazlyn, @syaitan_biru, @Aiman_EXOTICS dan lain2 (sori kalau x mention) (^_^)

Thursday, February 21, 2013

Twitter di hati ku...

Salam kpada semua pembaca blog, terutama follower blog musanganime.blogspot.com, anda mmg AWESOME! Okay, at first Mus nak mintak maaf sesangat2 sbb lame bebenor meninggalkan blog nie. Al maklum lah, sibuk. Cheh, bajet cam budak SPM lagi. Mueheehe. Mus pon x pasti knape Mus dah jarang update blog. Tp yg pasti, Mus skrang nie dah melekat ngan Twitter. Facebook semakin bosan tp twitter lagi menerima byk sambutan. Okay, lets continue...

Okay, Mus mule subscribe twitter nie dari F3 x silap. Time tu heboh kat TV3 ade pertandingan sape tweet jawapan yg betol dpat menang iPhone. Time tu Mus x benci iPhone lgi, so dengan segera Mus capai laptop, masuk Wifi, then terus daftar akaun twitter, nasib baik skejap je pendaftaran nyer... So, dah daftar mule la follow TV3. Tp nasib x menyebelahi, x dpat. Cheh, tp x lama lepas tu dah mule tumbuh rase2 benci terhadap iPhone. Muehehehe. Okay, mule2 mmg rase twitter nie mbosankan. Lagi2 follower mmg skit. Mse tu follower mmg sume Kaki Tekno. Hahaah...

Masa berlalu dgan pantas sehinggalah sekrang. Lpas SPM, Mus mule menilai balik akaun2 sosial yg mmg Mus join. Then, tetiba dpat tau ramai kawan lama dok lepak kat twitter. Lpas follow diaorg, baru dpat tau yg twitter ni pon syiok jugak. Yg paling penting, kite bole update slalu. X de sape nak tegur sbb itulah function twitter tu. name pon tweet, kne la bunyi slalu. hahaa... Anyway, Mus mmg syiok layan twitter, lgipon kat Android twitter lagi responsive berbanding facebook. X tau knape, tp twitter lagi best la dari facebook kalo gne kat Android. Facebook agak heavy kalo compare ngan twitter...(><)"

So, Mus just ckap. Kalo Mus jarang2 update kat blog nie, korang bole take a look kat akaun twitter Mus... (@musang22693)... Just follow, tp tuk peringatan, Mus suke buat luahan perasaan kat twitter nie sbb x open sangat berbanding facebook. So, just as precaution... But, kalo dah follow, kalo jumpe kat dunia realiti tu, jgn la lupe tegur ek... Okay, stakat nie saja. Lpas nie nak letak post blambak... Okay. Adios... Wassalam...

"Twitter = Blue Bird"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
Available on : facebook, twitter, skype, myspace, Google+, eBuddy, youtube, Crunchyroll

Monday, February 4, 2013

Mcm mana Mus sentiasa Up-to-date(?)!

Salam tuk semua pembaca. Maaf sbb Mus dah lame x aktifkan blog, bkan x mahu tp mcm byk sgt halangan demi halangan yg menimpa diri ini. Baru2 nie Mus cbe untuk buat fitness. Sbb skrang dah mule sedar bdan smakin berisi, cdang nak pulun buat fitness sbelum amik result. Nak jugak nampak maintain mse amik result nnt. Tp hrap2 result tu pon gempak, Amin...

Anyway, ada jugak beberapa kwan Mus slalu tanye Mus, "Cemane ko sentiasa update ek?". Pada pemikiran Mus, mgkin dia bertanya soal status Facebook atau twitter yg Mus sentiasa kemaskini. Hurm, basically, apa yg korang perlukan ialah smartphone... Tp bgi Mus, Mus prefer korang amik Android. Sbb utama, die ade byk apps kalo compare ngan iPhone/BB/WP... Bile korang ade Android, korang bole la install segala bende sosial apps yg tersedia kat Google Play tu... Tp ingat, ade apps yg akan makan memori dalaman, jdi elok kalo beli phone yg internal memory die besar... Snang nak install byk apps nnt! (^_^)"

Bile dah ade Android, korang dah bole mula tuk bersosial. Tp Mus sarankan korang tuk amik pakej broadband. X kisah la mne2 jenis brand pon x per. Tp, bile dah msukkan broadband tu dalam phone, pastikan phone tu dlam mood 3G only sbb slalunye performance Android lagi oke kalo gne 3G, lgpon laju. Tp skrang Mus tgah usha2 phone 4G. Stakat nie baru ade 5 phone yg sedia ade 4G... Haha, walaupon coverage 4G x menyeluruh lgi, tp x salahkan kalo kite beli dan bersedia kot2 die dpat 4G tibe2. Kita mana tau... Haha...

Oke, so tu je tip2 nak stay up to date... Android + Mobile Broadband... Tu pon kire cukup mudah dan ringkas. Tp Mus lgi cerewet bile nak beli phone sbb mcm2 Mus nak ade dlam smartphone. Tp x pelah, tunggu lame2 biar harga die turun... Hahahaa... Oke then... Thanks sbb sudi baca...

"I've been connected"
-musang22693@yahoo.com
-musang63@gmail.com

Monday, January 21, 2013

Yes, dah dpat letak facebook badge!

"Alorh, gedik nye Mus nie... Baru nak letak Facebook Badge?"... Jika itu suara hati saudara saudari, biar Mus mulakan dengan seribu salam kemaafan... Bkan ape, setiap manusia bkan slalu up-to-date... Lgipon Mus sjak dua menjak nie agak busy nak uruskan perancangan nak merantau, tlong adik2 yg msih bersekolah, cari penyelesaian masalah nak buat video, tibai laptop lame dan mcm2 lah... Hehehe... Mcm2 benda pelih dah Mus buat sejak duduk kat umah nie. Maklumlah x de koje, duduk umah je le... XP

Huih, bgi Mus, agak mencabar jugak ek nak letak facebook badge nie. Ntah kenape, ade saja masalah nak letak badge nie. Bkan nak salahkan Mozilla Firefox kesayangan ku ni, "Firefox, you x pernah buat salah kat I! Muax3! <3 p="p">
Bile nak buat Facebook Badge ni, kenangan Mus terhadap laman sosial MySpace kembali. Korang ade x MySpace. Pergh, dah berkurun Mus x pegi kat Myspace tu. Dlu ckup famous mse Mus form 1 dan form 2. Naik form 3 baru Facebook menjadi buah mulut setiap pelajar, hehehe. Mus kne buat cara yang agak manual, copy paste link html supaya bole letak Facebook Badge tu kat blog Mus... Aisey, teringat dulu Mus duk ligan copy paste mcm2 link html nak bagi Myspace Mus nampak gempak. Time tu jugak Mus pon ade Friendster, tp skrang dah kne block tanpa sebab yg munasabah. Mus pon hairan ngan pihak Friendster nieh... Ish3...

All I want to say is, we must get to the basic even to handle such modern difficulties... Masalah HTML Facebook Badge nie telah menggerakkan hati Mus tuk kembali membaca Kitab HTML yg masih segak di almari buku... "Kitab HTML, here I come!!!"... Oke lah, sampai sini saja coretan Mus, bkan ape, kalo bole Mus mmg nak aktifkan balek blog nie. Nak bgi gempak gitu... Kalo korang nak share ape2 buku ttg teknologi, Mus sedia membuka ruang bicara. Just text ke phone, twitter, skype or facebook... Until then... (^_^)"

"Back to basic to solve modern difficulties"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Thursday, December 20, 2012

BlackBerry??? (NO.!!!)

Alright, tuk post nie just nak sembang skit ttg BB! Mus prasan sejak dua tiga menjak ni rmai kwan2 di fb semua update status dgn "via BB" sbagai penutup status tue. Wau, bgi Mus, ianya sbagai satu bukti bahawa trend remaja skrang untuk sentiasa berhubung sesama mereka melalui laman sosial. Tidak dinafikan juga bahawa Mus sendiri sentiasa login fb dan twitter dlm phone sepanjang hari. Dan langkah pencipta fb untuk fokus pembinaan fb dlm phone adalah wajar.

Ok, back to the topic! Acapkali kwan2 Mus bertanya kpda Mus, "X nak try BB?", dan Mus cuma buat muka pelik dan menjawab, "BB? Eww...". Jdi rmai yg tertanya, apa sebab utama Mus "jijik" dgan BB???

Sebab pertama, BB TAK ADA RADIO! "Beb, BB yg latest ade radio la!". Mmg la ade radio, tp slow kout! Entah processor kuno mne ntah diaorg tibai. "Beb, BB latest 1Ghz processor bhai!!!". Bole tahan, RAM ape cer??? External memory? Front camera? HD video recording? Apps? UI(User Interface)? Bla... Bla... Bla...???

"Beb, kau nie choosy gile!!!"

Bkan choosy, ini High-End! Terus terang bgi Mus, BB msih tidak dpat untuk memuaskan hati golongan High-End. Tidak sperti phone2 yg dijana oleh Android sperti HTC, Sony, Samsung dan LG, setiap syarikat masing2 mempunyai phone High-End. Walau bagaimanapun, Mus akan tetap pertimbangkan jika BB membuat perubahan drastik untuk semua produk mereka yg akan dtang... Lgpun, byk jugak desas desus ttg BB tengah HOT kat Internet nie...

Mus hrap pengguna BB x tersinggung ek ttg kenyataan nie. Bkan nak ckap BB yg korang guna tu KUNO, tp ini sekadar pendapat agar kita dpat merasa teknologi yg sbenar seiring dgan peperangan gajet yg sdang melanda... Apa pun, just love your gadget, be proud of it!!! Wassalam... (^_^)"

"Lets get connected!!!"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily