Friday, March 1, 2013
Pelik tapi benar...
Sedang dia berjalan, aku terpaku melihat si dia. Dia masih bersama langkahnya, timbul tanda tanya akan ke mana dia bakal tuju. Aku masih tepat memandang si dia, tiada dapat ku lepas cengkaman pandangan ku terhadapnya. Dan dia mula melangkah lagi, dengan harapan agar dia berada bersama teman yg dia percaya. Aku tunduk, tiada kata. Kerana dlam hati ku, aku fikir yg dia akan berasa janggal. Lebih2 lagi akan diri ku yg tidak dia kenal, seterusnya bakal mengundang rasa hairan akan perangaiku terhadapnya...
Okay, so thats it. Sedikit sajak? Haha, tp inilah yg Mus agak runsingkan sebenarnya. Mcm ada satu perasaan, satu "feeling". Mase peserta dari SMK Dato' Sagor tu dtang ke Kem, Mus mmg exited lagi2 bile tengok diaorg pakai uniform. Sangat kemas. Rse nostalgik dan Mus teringin plak nak pakai bju sekolah. Pernah jugak terlintas dlam fikiran Mus nak pakai baju sekolah bile nak buat gathering. hahaa, bukan ape, memori semase remaja merupakan memori yg terindah. Walaupon ada suka dan duka, tp memori remaja adalah memori yg paling sukar untuk dikembalikan dan dirasai semua. Jadi, gunakan lah masa anda sebagai remaja sebaik mungkin. Memori pasal remaja akan Mus fokuskan dlam post yg berikutnya...
Sebaik sahaja melihat peserta2, mse tu Mus tetiba kne amik gamba, aisey. Mus dah la x suke pegang kamera org lain. bkan ape, just takut rosak. Jenuh plak aku nak kne ganti. Muahahaaa... Okay then. Sedang asyik membanting tulang sebagai fasilitator di Kem tersebut, Mus tertarik dgan sorang budak nie. Ntah le ape namenyer. Mcm pelik je. Muahahaa... Okay, tu persepsi pertama. Lpas tu plak, tengok die nie, mcm x biasa je dgan keadaan sekeliling. Mcm "Freshman", agak pendiam, tiada kata, tak byk sangat buat pasal, cam acting je... Hahahaa... Tu yg Mus tertarik tu... Haaa... Mmg pelik kan.. Tetibe dpat perasaan seumpama itu... Haha...
Maka Mus pon menjalankan tugas utama Mus sbgai Pendakwah di kem tersebut. Terus terang Mus katakan, ni merupakan Kem pertama yang Mus join dan memegang satu amanat yg besar untuk mentarbiyah anak2 didik yg menyertai kem ini. Mmg agak janggal bile nak conduct event2 keagamaan memandangkan Mus nie bukan nye arif sgt bab agama. Namun, Mus yakin yg kita selaku umat Islam perlu saling berkongsi ilmu dan saling nasihat-menasihati sesama insan dalam mengejar Jannah di akhirat kelak... Amboih, mcm Ustaz la plak... hehehe... Mcm yg Mus ckapkan tadi, Mus cume berkongsi ilmu sedikit-sebanyak yang mgkin... Hehee....
So, back to the topic. Alhamdulillah, Mus berjaya berkenalan dengan budak yg Misteri tu... Muahaahaa... Agak kelakar sbb "instinct" Mus terkena lagi... Haish, mmg pelik. Spanjang perjalanan Mus nie, "instinct" nie dah byk kali terkena. Hahaa, mmg menarik, tp bile dah terkena, rase mcm "Fall in Love" la plak. Mmg lar, bkan senang nak jumpe org yg byk persamaan dengan kita... Kan... Kan.. Kan... ? Bile dah jumpe ngan org tu, rse nak lepak ngan die lame2! Hahaha...
Anyway, kem nie sgt syok! Bole la. haha... Mus just wish all the best tuk student SMK Dato' Sagor. Semoga anda sukses dan menjadi pemimpin yang berjaya. Sori kalo terkasar bahasa spanjang kem. Dan jgn terkejut bile tengok Mus nie sorang yg berbeza di dunia realiti dan dunia siber... Jgn terkejut, sbb tu mmg diri Mus yg sbenar... Muahahaha... Okay, I think thats all for this post... Sbarang kekurangan akan ditambah dlam post yg seterusnya... But next time maybe just update from mobile phone... Nak gi kem dah nie... hahaha... All the best ek!!!
"Leader are person who believe in their self"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
Friday, February 22, 2013
Wow, lepak2 fasilitator...
Salam tuk warga pembaca. Mus melaporkan dari Institut Pemikir GPMS, Perak! Muehehehe...
Smlm just awesome, mmg awesome. Kami slaku fasilitator telah mula brainstorm aktiviti dan aturcara program tuk skola yg bkal dtang pada ari Jumaat. Perbincangan ni smemangnya agak membebankan, namun kami cuba permudahkan segala galanya memandangkan kami diberi tanggungjwab spenuhnya tuk mengendalikan kem kali ni. Tambahan pula, Mus ni baru pertama kali nak melibatkan diri ngan GPMS ni. So, Mus mmg exited and x sabar nak memulakan aktiviti.
Setakat ni baru ade 5 fasilitator tmasuk Mus kat Institut nie, yg akan dtang pada hari Jumaat. Namun, Mus rse agak kekok sbb rsenye Mus sorang je fasilitator yg berlatar belakangkan kehidupan sekolah berasrama. Jadi, ade jugak fasi yg ajak Mus jdi Imam. Muahahaha, bkan x nak, tp Mus x de la pro mane pon nak jdi Imam. Tp bile pikir balek, mcm best jugak jdi Imam ni. Lgpon Mus ads bwak jubah! Hahaha...
Brainstorm yg agak panjang berlarutan sehingga pkul 2 pagi. Perut tetibe rase lapar, sbb dari tadi mmg x mkan mlm lgi. Mule2, ingatkan diaorg saje2 ckap nak kluar gi makan. Tengok2, mmg kteorg kluar gi mkan. Kami jlan kaki ke jalan besar dan terus menuju ke sebuah restoran yg masih lagi beroperasi. Perjalanan agak jauh namun menyeronokkan sbb jlan waktu pagi camtuh! Hehehe...
Sampai2, trua jamah makanan. Mus mcm biasa, Nadi Goreng Ayam ngan Fresh Orange, muehehehe. Then, bergurau sende ngan fasi2. Sambil2 tu sempat jugak share2 ilmu pasal politik bagai, hahah. Sgt seronok bile kite buat kaji selidik secara mendalam untuk mengetahui agenda pihak tertentu dlam sejarah pemerintahan atau penubuhan negara...
Dah tamat segala perbincangan, kami pulang segera ke Institut... Balek Institut ade masalah. Bkan ape, Mus dah biasa tidur lewat, jdi susah nak tido... Mcm2 dah buat, tp still x tido. Lame2 tu tertido suddenly... Hahaha... Bgun pagi, mmg fresh, sejuk jugak kat sni... Huhu...
Okay, stakat nie saje laporan dari Institut Pemikir GPMS, Perak. Laporan seterusnya akan dtang okay! Wassalam... (^_^)"
"Politik itu kepentingan diri"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com