Wednesday, December 19, 2012

PMR, oh PMR!!!

Hurm, hari ni merupakan hari signifikan bgi pelajar2 tingkatan 3 yg akan mengambil keputusan PMR di sekolah masing2. Jdi, amacam result pelajar-pelajar sekalian? Baik? Apa apa pun, Mus bhrap korang bsyukur ek dgn result masing-masing. Mse Mus Form 3, just dpat 7A1B. Tp x bermakna dgn result mcm tu, korang x bole "fly" ke mne2. Bak slogan Air Asia, now everybody can fly. So, kita semua sebenarnya ada peluang nak fly ke mana-mana.

Teringat blek kenangan lampau Mus bila dpat tawaran ke SMT Ipoh Persiaran Brash dlm bidang Perakaunan. Sbelum tu Mus ada konflik skit dgan SMT Gerik sbb x de jurusan yg Mus nak. Last2, apply SMTI sbb Mus mmg minat bidang akaun. Lgpun, mak Mus mmg ckg Perakaunan.

Namun, sebaik saja nak melangkah msuk SMTI, Mus dpat panggilan dri ckg2 SABC, semua pakat sruh Mus stay kat skola lama. Lgpun, majoriti ckg percaya yg Mus bole sukses dlam bidang Sains. So, bile blek semula ke SABC, Mus dpat tawaran ke SMK Raja Permaisuri Bainun. X lama msuk Bainun, Mus dpat tawaran SBP Bagan Datoh dan MRSM Pengkalan Hulu.

So, what I can say is, everybody can fly even you didn't score 8A in your PMR... Anyway, tuk bakal pelajar tingkatan 4, dihrap bersedia dari awal untuk aliran mna yg korang nak msuk. Kalau bole, prepare tuk SPM ek!!! Anyway, best of luck from Mus... Wassalam... (^_^)"

"Now everyone can fly"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

A new POST??? (^_^)"

Alhamdulillah, dah lame bebenor tak update blog nie... Ish3, walaupun Mus sekarang sudah bergelar "Remaja Bebas" sbb dah tamat SPM, entah mengapa diri ini terasa keberatan untuk menaip sebarang kata di blog nie... X bermakna x syang kat blog nie, syang. Tp mungkin sbb byk masa diluangkan di Facebook dan Twitter... Syiok plan lyan dua social site ni, lagi2 dkat phone, melekat teros.

Anyway, di kesempatan ni Mus just nak refrest balek apa yang sepatutnya Mus ketengahkan dlam blog nie. Kalo ikut idea sulung masa mula2 buat blog sbb nak jdikan umpama jurnal. Tp memandangkan diari lebih "memahami" dan mudah dibawa keliling, jdi blog nie akan diubah usul penubuhan nya. *Ewah, nak bermadah ke?*

Alright, idea asal yang semakin membuak-buak dlam otak nie. Mus akan jdikan blog nie sebagai salah satu medium untuk "MELUAHKAN PERASAAN". Haha, x salah kan. Sbb semua rakyat Malaysia berhak bersuara tidak kira apa2 perkara sekalipun. Tp harus diingat kata-kata dari mantan Perdana Menteri kita, Dr. Mahathir. Beliau mengingatkan kita untuk menjaga apa jua yang kita katakan atau luahkan di blog, laman sesawang atau pun laman sosial. Ini demi menjaga imej negara seterusnya menjamin keharmonian dan kesepakatan antara masyarakat... *Haish, dah mcm karangan BM*

Balik kpada blog, Mus jgak akan jdikan blog nie tuk "SEMBANG TEKNO". Untuk pengetahuan semua, Mus mmg minat dlam bidang IT. Namun, Mus ade kesukaran nak tentukan bidang yg akan diambil untuk masuk University. Lagipun, Mus minat bermacam-mcm bidang. Bahasa pon minat, IT pon minat, even Genetic Engineering pon minat. Mcm2 lah minat termasuk Music, Bachelor of Music... (Ada kan???) Ok, sni pon akan dijadikan "MEDAN DEBAT", x kisah la pasal POLITIK(X salah kan?), TEKNO(Semestinya), KERJAYA(Hurm, x arif sangat), CINTA(Ewah, x arif sgt!) dan bermcm bende selagi Mus bole tangani dlm otak nie... Hehehe....

Anyway, amatlah besar harapan Mus sekiranya para pembaca sudi untuk share2 kan blog nie kpada semua rakan2. Lgpun Mus dah lame x study pasal HTML, so just gne yang basic2 je tuk blog ni. Hurm, diingatkan agar walaupun Mus nie minat IT, x semestinya kita sependapat... Hahaha, semua ada citarasa masing2. So, just chill dgn pendapat masing2 ek... Ok, rasanya sehingga sini saja yg ingin dibicarakan... Stay connect with Mus at Facebook and Twitter... Wassalam...

"We are who we are"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
facebook, twitter, myspace(???), youtube

Tuesday, September 18, 2012

Again and Again... (Lalalala....) (^_^)"

The track "Again and again, and again, and again. Do it again, do it again..." by The Bird and The Bee remind me back when I was in Form 1 and at the time I was a Tech Geek (actually a nerdy). Anyway, when recall back all those memories, I though that, "I really want a TIME MACHINE... I WANT TO TRAVEL THE TIME..." *Reason ; I still trying to figure it out! Heh! =.="

Huh, being a teenager absolutely make me happy, but also sad. Being on different school for every year, I mean it started when I was Form 4 till now. Got transferred to another school means that I already had an experience there, which sometime make me wanna cry. I totally miss the moment even tough I already been far away from it... (T.T)"

Actually, I suddenly though that I want to transform this blog. Probably from being a journal blog to a more contemporary blog, which I want always dream to have my own Tech's blog. I really love to critics latest gadget and software. If I could, I'll start it right away after my 'Big Examination'. Not to forget, my Youtube account is already ready with HD. But, it seem I need to upgrade my broadband subscription so I will get higher speed bandwidth.

Anyway, this post already make me happy. At least I already post something on it since I left it probably for a year (that's suck). Keep in touch with me on my Facebook and Twitter...

Until then, may we live in perfectly peace and harmony! (^_^)"


Munakata Nakashima Kyousuke
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Friday, May 7, 2010

Perjanjian Buat Semua...

Tepat pada hari jadi guru sains ku, Cikgu Norsiah, telah dibuat satu perjanjian. Bagi diriku, ku masih tertanya-tanya adakah ku mampu menunaikan janji tersebut. Hari demi hari, ada sahaja masalah menimpa diriku. Ia datang dan membuatku berputus asa. Namun ku anggap itulah cabaran buat diriku. Agar dapat ku kenali siapa diriku. Ku ingin jejak kembali sewaktu ku berumur 12 tahun dan pada ketika itu ku telah bersedia untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ku ingin kembali pada masa lalu atau sekadar melihat waktu itu dan mencatat, apa yang aku telah lakukan untuk mencapai 5A dalam UPSR pada tahun tersebut. Ku ingin mencatat apa yang aku lakukan ketika itu sehingga aku mencapai kecemerlangan mendapat 5A dalam UPSR. Jikalau boleh, ku ingin mengulangi langkah-langkah sewaktu diriku berumur 12 tahun agar ku dapat bersedia untuk menjawab Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini.

Catatan ku semakin banyak. Buku yang dahulunya nipis kini semakin tebal. Otak yang kosong semakin bertambah isinya. Hanya menunggu masa saat ia akan diterapkan dan digunakan untuk masa hadapan. Aku cuma boleh menunduk, berfikir, memaksa diriku mengingati saat zaman kegemilangan ku sewaktu di umur 12 tahun. Namun ku hampa, apa yang ku cuba ingati sukar menghampiri disaat ku memerlukan ingatan tersebut. Apa yang boleh ingat hanyalah, ku masih berperangai budak-budak sewaktu itu namun ku masih sentiasa beringat akan apa yang bakal ku hadapi yang akan menentukan masa hadapan ku.

Ini adalah coretan kata dari hati ku. Untuk membina kembali keazaman dalam mencapai kegemilangan dan memegang janji yang telah diucapkan. Dengan segala yang ada, ku akan mencuba sedaya upaya agar diri ku mendapat pencapaian yang akan mengubah pendapat semua orang terhadap diriku. Diriku sememangnya lemah, lemah dan tidak sehebat para tokoh yang berjasa. Namun, ku mampu untuk mengubah haluan ku. Dengan sedikit usaha dan dorongan oleh semua, demi mencapai impian yang dijulang...

Kenangan Istimewa Buat Sahabat...

-Ahmad Mustaqim
-Munakata Nakashima Kyousuke
-musang22693@yahoo.com

Bersedia???

Salam sejatera kepada semua dan salam 1 Malaysia kepada semua yang sudi membaca blog saya. Laman blog ini sudah sekian lama dipenuhi dengan sawang-sawang lelabah oleh sebab saya kesibukan untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Bulan 5 ini akan diadakan Peperiksaan Pertengahahan Tahun dan soalan-soalan untuk peperiksaan ini disediakan oleh pihak JPN(Jabatan Pendidikan Negeri) Perak. Bukan di Perak sahaja malahan seluruh murid-murid Tingkatan 3 seluruh Malaysia akan menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh JPN negeri masing-masing. Semoga semua pelajar Tingkatan 3 termasuk saya akan berjaya dan lebih bersedia untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Sepanjang lelabah bersawang dalam blog ini, pelbagai pengalaman manis dan pahit yang telah saya lalui. Setakat ini masih belum lagi ada pengalaman pahit. Mungkin sebab ahli kelas sememangnya sporting dan tidak suka mengejek kelemahan ahli dalam kelas yang sama. Memang beruntung saya mendapat ahli kelas yang mempunyai sikap-sikap begini. Namun, jikalau anda masuk ke dalam kelas saya, anda tentu pening kepala melihat pelbagai telatah bagi setiap murid dalam kelas saya. Tapi, jikalau sudah terbiasa, anda akan melupakan segala runsingan tersebut. Bagi saya yang sudah bersama mereka selama 3 tahun sejak dari Tingkatan 1, saya sudah menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri.

Tidak lama lagi saya akan mencuba nasib untuk menjawab soalan-soalan IQ untuk pencarian kanak-kanak pintar. Program ini dilaksanakan kerajaan bagi mencari kanak-kanak pintar dan kanak-kanak ini akan ditempatkan di sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak pintar. Program ini dinamakan Permata Pintar. Saya pernah menjawab soalan Permata Pintar ini semasa saya Tingkatan 2, namun mungkin saya tiada nasib untuk memasuki sekolah tersebut. Mungkin kerana saya selalu angan-angan Mat Jenin sahaja. Saya berharap agar saya lulus dalam ujian Permata Pintar bagi tahun ini dan melayakkan saya untuk memasuki sekolah untuk Kanak-kanak pintar yang sememangnya istimewa. Doakan saya berjaya...

Apapun, persediaan untuk peperiksaan yang akan hampir tiba tidak saya lupakan. Ini bagi memastikan saya layak untuk memohon kemasukan ke sekolah asrama penuh. Saya juga akan mencuba meminta kemasukan ke sekolah teknik. Doakan saya berjaya untuk menghadapi peperiksaan dan berjaya untuk memasuki sekolah-sekolah asrama penuh ini.

Setakat ini sahaja apa yang saya boleh bicarakan dalam blog ini, saya cuma berharap dan meminta doa-doa tuan/puan sekalian untuk mendoakan kecemerlangan dan kejayaan yang saya impikan. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan budaya...

-Ahmad Mustaqim
-Munakata Nakashima Kyousuke
-musang22693@yahoo.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily