Friday, May 7, 2010

Perjanjian Buat Semua...

Tepat pada hari jadi guru sains ku, Cikgu Norsiah, telah dibuat satu perjanjian. Bagi diriku, ku masih tertanya-tanya adakah ku mampu menunaikan janji tersebut. Hari demi hari, ada sahaja masalah menimpa diriku. Ia datang dan membuatku berputus asa. Namun ku anggap itulah cabaran buat diriku. Agar dapat ku kenali siapa diriku. Ku ingin jejak kembali sewaktu ku berumur 12 tahun dan pada ketika itu ku telah bersedia untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ku ingin kembali pada masa lalu atau sekadar melihat waktu itu dan mencatat, apa yang aku telah lakukan untuk mencapai 5A dalam UPSR pada tahun tersebut. Ku ingin mencatat apa yang aku lakukan ketika itu sehingga aku mencapai kecemerlangan mendapat 5A dalam UPSR. Jikalau boleh, ku ingin mengulangi langkah-langkah sewaktu diriku berumur 12 tahun agar ku dapat bersedia untuk menjawab Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini.

Catatan ku semakin banyak. Buku yang dahulunya nipis kini semakin tebal. Otak yang kosong semakin bertambah isinya. Hanya menunggu masa saat ia akan diterapkan dan digunakan untuk masa hadapan. Aku cuma boleh menunduk, berfikir, memaksa diriku mengingati saat zaman kegemilangan ku sewaktu di umur 12 tahun. Namun ku hampa, apa yang ku cuba ingati sukar menghampiri disaat ku memerlukan ingatan tersebut. Apa yang boleh ingat hanyalah, ku masih berperangai budak-budak sewaktu itu namun ku masih sentiasa beringat akan apa yang bakal ku hadapi yang akan menentukan masa hadapan ku.

Ini adalah coretan kata dari hati ku. Untuk membina kembali keazaman dalam mencapai kegemilangan dan memegang janji yang telah diucapkan. Dengan segala yang ada, ku akan mencuba sedaya upaya agar diri ku mendapat pencapaian yang akan mengubah pendapat semua orang terhadap diriku. Diriku sememangnya lemah, lemah dan tidak sehebat para tokoh yang berjasa. Namun, ku mampu untuk mengubah haluan ku. Dengan sedikit usaha dan dorongan oleh semua, demi mencapai impian yang dijulang...

Kenangan Istimewa Buat Sahabat...

-Ahmad Mustaqim
-Munakata Nakashima Kyousuke
-musang22693@yahoo.com

Bersedia???

Salam sejatera kepada semua dan salam 1 Malaysia kepada semua yang sudi membaca blog saya. Laman blog ini sudah sekian lama dipenuhi dengan sawang-sawang lelabah oleh sebab saya kesibukan untuk menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Bulan 5 ini akan diadakan Peperiksaan Pertengahahan Tahun dan soalan-soalan untuk peperiksaan ini disediakan oleh pihak JPN(Jabatan Pendidikan Negeri) Perak. Bukan di Perak sahaja malahan seluruh murid-murid Tingkatan 3 seluruh Malaysia akan menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh JPN negeri masing-masing. Semoga semua pelajar Tingkatan 3 termasuk saya akan berjaya dan lebih bersedia untuk menjawab soalan-soalan tersebut.

Sepanjang lelabah bersawang dalam blog ini, pelbagai pengalaman manis dan pahit yang telah saya lalui. Setakat ini masih belum lagi ada pengalaman pahit. Mungkin sebab ahli kelas sememangnya sporting dan tidak suka mengejek kelemahan ahli dalam kelas yang sama. Memang beruntung saya mendapat ahli kelas yang mempunyai sikap-sikap begini. Namun, jikalau anda masuk ke dalam kelas saya, anda tentu pening kepala melihat pelbagai telatah bagi setiap murid dalam kelas saya. Tapi, jikalau sudah terbiasa, anda akan melupakan segala runsingan tersebut. Bagi saya yang sudah bersama mereka selama 3 tahun sejak dari Tingkatan 1, saya sudah menganggap mereka seperti adik-beradik saya sendiri.

Tidak lama lagi saya akan mencuba nasib untuk menjawab soalan-soalan IQ untuk pencarian kanak-kanak pintar. Program ini dilaksanakan kerajaan bagi mencari kanak-kanak pintar dan kanak-kanak ini akan ditempatkan di sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak pintar. Program ini dinamakan Permata Pintar. Saya pernah menjawab soalan Permata Pintar ini semasa saya Tingkatan 2, namun mungkin saya tiada nasib untuk memasuki sekolah tersebut. Mungkin kerana saya selalu angan-angan Mat Jenin sahaja. Saya berharap agar saya lulus dalam ujian Permata Pintar bagi tahun ini dan melayakkan saya untuk memasuki sekolah untuk Kanak-kanak pintar yang sememangnya istimewa. Doakan saya berjaya...

Apapun, persediaan untuk peperiksaan yang akan hampir tiba tidak saya lupakan. Ini bagi memastikan saya layak untuk memohon kemasukan ke sekolah asrama penuh. Saya juga akan mencuba meminta kemasukan ke sekolah teknik. Doakan saya berjaya untuk menghadapi peperiksaan dan berjaya untuk memasuki sekolah-sekolah asrama penuh ini.

Setakat ini sahaja apa yang saya boleh bicarakan dalam blog ini, saya cuma berharap dan meminta doa-doa tuan/puan sekalian untuk mendoakan kecemerlangan dan kejayaan yang saya impikan. Mudah-mudahan kita semua akan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan budaya...

-Ahmad Mustaqim
-Munakata Nakashima Kyousuke
-musang22693@yahoo.com

Saturday, January 23, 2010

PMR oh PMR!!!




Salam kepada semua. Sudah sekian lama saya tidak mengemaskini blog saya. Saya selama ini hanya memberikan perhatian yang lebih kepada Myspace, Friendster, Facebook dan banyak lagi laman sosial. Sesiapa yang hendak tambah saya sebagai rakan, tambah saya dengan email saya (musang22693@yahoo.com). Semoga kita boleh berkenalan dan kalau boleh kita boleh bersua satu hari nanti.

Eh, kenapa ada gambar rumah ni?

Ni bukan rumah saya. Rumah saya tidak semewah ini. Kalau saya ada rumah sebesar ini, mesti saiz badan saya semakin bertambah. Agaknya!!! Baiklah. Sebenarnya, saya pun tidak ada apa yang hendak di katakan dalam pos kali ni. Sebab saya sekarang sedang menumpukan perhatian terhadap Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang akan tiba pada bulan Oktober nanti. Saya harap saya dapat memperolehi 8A dan mendapat tawaran ke asrama.

Tapi saya risau pula. Jika saya ke asrama, siapa yang akan kendalikan email, blog dan laman web saya nanti. Tidak terurus pulak nanti. Hurm... Pening-pening nak memikirkannya. Apa yang perlu saya lakukan sekarang ialah teruskan belajar untuk memperoleh 8A untuk peperiksaan nanti.

Satu lagi, saya masih sedang memikirkan apa yang sepatutnya saya lakukan terhadap blog ini. Lagipun, saya seorang "Gila Tekno". Jadi, saya tidak pasti untuk menjadikan blog ini sebagai tempat diskusi untuk pelbagai tajuk mengenai teknologi zaman sekarang.


Saya rasa sampai di sini sahaja apa yang ingin saya ucapkan. Ucap atau tuliskan??? Apa-apa sajalah. Saya harap saya akan memperoleh kejayaan yang akan membanggakan semua orang di sisi saya. Doakan saya untuk kejayaan saya... Amin...

-Ahiro Mustaz
Lets Go Open Source
musang22693@yahoo.com

Monday, September 14, 2009

Jejak di Landasan Hati...



Ada angin berbicara
Kita tidak boleh bersua
Walau mata sekilat memandang
Buat selama-lamanya

Bicaranya ku endahkan
Lepaskan minda berfikiran kotor
Menjahamkan diri
Mendustakan pandangan mereka

Pergi kamu
Dengan si batu api
Mencelakakan hatiku
Selama ku jejak di dunia ini

Satu ayat sahaja
Inikah impianmu
Bersama api itu
Tanpa mu sedari
Dibakarinya

Ku tidak mampu mengubati
Apa langkah yang engkau lakukan
Itu jejak yang telah kau lakukan
Dan kekal buat selamanya...

Sedihnya hatiku... Melihat dirimu di sana... Menjauhi diriku... Namun ku sedar... Kau menjauhi diriku pasti ada kebaikannya...

-Mus

Adakah Saya Mampu Mnghasilkan Novel???

Saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel. Ibu saya sering kali meyakinkan saya bahawa kehidupan menjadi seorang penulis novel agak sukar oleh kerana memerlukan daya pemekiran yang matang. Namun, saya rasa saya sudah agak matang untuk melakukan semua ini. Lagi pun, saya sekarang sedang aktif membuat beberapa novel cinta yang bertemakan kisah sebenar hidup saya. Saya lakukan novel ini apabila terdapat masa terluang semasa di dalam kelas.

Sehingga sekarang, saya masih lagi berfikir bahawa adakah saya akan menerbitkan novel-novel ini apabila siap dikarangkan. Saya ada memberikan novel saya yang hampir siap kepada beberapa kawan saya dan mereka amat meminati novel tersebut. Mungkin disebabkan kesemua novel ini bertemakan latar belakang saya. Sampai sekarang, saya ingin membuat sebuah novel cinta fantasi di mana berlaku perebutan cinta antara dua insan berbeza bagi mendapatkan seorang lelaki. Konflik berlaku apabila didapati lelaki tersebut mempunyai rahsia yang amat besar dan rahsia ini terbongkar apabila beliau sedang menulis diarinya.

Bersambung...

Sabily. Linux for Muslim...

sabily