Friday, June 26, 2009

Saya Kembali (Dalam BM)

Baiklah, semua. Saya rasa sudah muak juga bercakap Bahasa Inggeris sejak kebelakangan ini. Saya bercakap dalam Bahasa Inggeris pun kerana saya mahu tunjukkan blog ini kepada semua orang dalam rangkaian Internet. Saya harap saya tidak melakukan satu langkah yang salah. Lagi pun, saya tidak sebegitu arif dalam bercakap bahasa asing. Memang kita diharuskan untuk belajar tentang bahasa asing, cuma saya rasa ini untuk mengekalkan bahasa ibunda saya. Bagi saya, bahasa ibunda saya sendiri hampir pupus disebabkan oleh ramai ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan semata-mata untuk mendidik anak-anak mereka untuk belajar lebih dari satu bahasa asign. Ini semua adalah dari pandangan saya sendiri. Jikalau terdapat kesaalah, maafkan saya. Saya juga seperti anda semua, cuma manusia yang juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Baiklah, saya rasa setakat ini warkah saya untuk saya tujukan kepada semua pengguna internet. Untuk post yang seterusnya saya akan menceritakan apa yang telah terjadi sepanjang saya tidak menulis apa-apa di dalam blog ini.

Semoga Kita Sentiasa Berbahagia Bersama Orang yang Tercinta...

-Ahiro Mustaz

No comments:

Post a Comment

Sabily. Linux for Muslim...

sabily