Friday, June 26, 2009

Owh... Memang Best Hari Guru


Maafkan saya kerana terlewat untuk menghantar laporan tentang Hari Guru yang berlansung di sekolah saya(SMK Aminuddin Baki Chemor). Pada dua hari sebelum Hari Guru, saya sememangnya tidak sabar dengan kehadiran hari tersebut. Ini juga kerana ibu saya sendiri adalah seorang guru di SMK Jati, Ipoh dan beliau berkhidmat sebagai seorang Guru Kanan Teknik & Vokasional di sekolah tersebut. Secara tidak disangkakan, sahabat sekelas saya, Fazirin berjumpa dengan saya dengan tergesa-gesa. Beliau menyatakan bahawa PERPIS(Persatuan Pelajar Islam) telah melantik saya sebagai "Latar Suara" untuk persembahan mereka pada Hari Guru. Semuanya menjadi kelam-kabut disebabkan oleh sedikit masalah yang dihadapi semasa sesi pemilihan persembahan sebelum Hari Guru akan dilangsungkan. Saya pada masa itu(masih terkejut), menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka kerana saya juga teringin menyumbangkan jasa kepada PERPIS(ketawa). PERPIS diterima untuk membuat persembahan pada Hari Guru dan kami semua amat bersyukur akan hadrat Illahi yang memberi kesempatan kepada kami untuk mempersembahkan persembahan yang tidak seberapa hebat berbanding dengan persatuan-persatuan lain yang mempersembahkan persembahan yang bagi saya lagi menarik daripada kami.

No comments:

Post a Comment

Sabily. Linux for Muslim...

sabily