Friday, June 26, 2009

Selamat Hari Guru!!!





Pada hari yang ditakdirkan kami membuat persembahan, saya pada masa itu agak berdebar-bedar dan agak risau. Kami tahu pelajar di sekolah kami memang suka mentertawakan orang lain. Saya sentiasa tidak tentu arah di bilik persediaan persembahan kerana bimbang persembahan kami akan menjadi tidak berhasil. Menunggu selama beberapa jam, hampir semua persembahan sudah dijalankan dan hanya tinggal cuma persembahan penutup yang akan dilakukan oleh kami. Kumpulan kami dipanggil oleh cikgu yang bertugas. Kami membaca beberapa doa agar apa yang kami lakukan ini akan berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Saya berjalan dan hanya menundukkan kepala. Semua rakan-rakan pengawas melihat saya berjalan mendaptkan mikrofon daripada Sir Halim yang sedang duduk bersama pengawas PA Sistem. Saya agak gementar pada masa itu tetapi Fadhli telah mengingatkan saya saya bahawa kami harus buat sebaik mungkin demi PERPIS. Dengan lafaz Bismillah, saya memulakan persembahan kami dengan ucapan...

"Cikgu, ohh... Cikgu! Ada Kad dan Bunga untuk Cikgu..."
Fazirin bersama Afiqah yang menyerupai seperti Kad mula menaiki pentas diikuti dengan sekuntum bunga gergasi seperti di dalam gambar. Sedih juga gambar saya tiada semasa persembahan ini. Maklumlah, cuma "Suara Latar". Persembahan kami diteruskan dengan pembacaan ayat-ayat yang tertulis di kad gergasi yang mengucapkan Selamat Hari Guru.

Syukur, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Tidak diduga, semua bersorak kepada kami dan menepuk tangan kepada kami. Kami sangat berasa seronok pada masa itu. Kami betul-betul tidak sangka kami akan mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh daripada semua pelajar dan guru.

Ustazah Mazlia kemudiannya datang berjumpa dengan kami. Beliau amat berterima kasih kepada kami semua kerana sanggup membuat persembahan seperti ini walaupun ia mungkin tidak menarik perhatian orang ramai. Kami sempat bergambar bersama sebagai kenangan. Memang sukar dilupakan kenangan ini. Inilah pertama kali saya membuat jasa kepada PERPIS dan saya dapat membuat persembahan walaupun hanya saya seorang sahaja murid lelaki di dalam kumpulan ini.


"Selamat Hari Guru"
Kepada Sahabat yang membantu(terutama di dalam gambar):
Terima Kasih kerana telah banyak menunjuk ajar kepada saya untuk membuat persembahan ini. Serta telah merakamkan sebuah memori yang tidak pernah akan saya lupakan.
Di dalam Gambar:
Puteri Shamira
Nur Faqihah
Hafizuddin
Fadhli
Fazirin
Afiqah
dan dua lagi yang saya lupa nama mereka(minta maaf)

No comments:

Post a Comment

Sabily. Linux for Muslim...

sabily