Thursday, February 21, 2013

Memorial Perjalanan

Salam tuk para pembaca. Just suddenly terpikir si dia... Muehehee... Okay, lets move on, shall we?

Tuk sesiapa yg masih belum kenal ngan diri Mus nie, hehe, Mus nie single lagi... Hahah, oke, bkan nak promote. Tp sbenarnya dalam hati ni byk jugak calon2, tp just mcm x bole jalan je. Sepanjang perjalanan Mus sbgai homosapien, mmg byk bebenor kenangan yg telah Mus lalui. Apa yg acapkali buatkan diri Mus ini tersenyum, hanya disebabkan kenangan Mus bercerita kisah perjalanan Mus yang jauh itu dgan kwan2 lain mase kat asrama. Bgi Mus, Mus rase sangat bertuah sbb dpat melalui perbagai jenis pengembaraan. Mus masih ingat lagi akan beberapa junior di asrama yg exited sangat2 bile Mus nak bercerita ttg adventure yg Mus telah lalui...

"Abg Mus, cite la lagi kisah adventure abg tuh..." mereka tidak pernah jemu. Wpon Mus ketika itu mula mamai kerana letih seharian di sekolah, namun Mus cuba untuk riangkan mereka dengan bercerita. Kadang-kala cerita itu ibarat sebuah kisah dongeng agar dijadikan pedoman sebelum mereka lelap merehatkan diri. Maka Mus mula bercerita... Apa yg membuatkan mereka tertarik, adalah kerana perbezaan sosial yg telah Mus lalui. Yup, bergaul dengan golongan yg amat pelik, samseng, penjenayah, bakal protestant, ahli muzik, ahli gusti, pelakon murahan, penjual maruah dan bermcm2 lagi... Hahaha....

Mereka tidak pernah jemu, tidak pernah sesekali mengeluh, tidak pernah sesekali membantah. Malah, mereka asyik mendengar kerana mereka pasti ada sesuatu yg bole mereka pelajari dari kisah itu. Mus cuba untuk kelentong sebentar dgan mereka. Namun, melihat kesetiaan mereka yg tidak berbelah bahagi, Mus bercerita dgan mereka perkara2 yg mmg benar berlaku dalam hidup Mus... Sememangnya mereka pendengar yang baik...

Terkenang kepada mereka sentiasa membuatku tersenyum, ingin aku kembali ke tanah yg begitu dingin itu, menarik hembusan pagi yg pasti segar, menikmati suasana alam semula jadi yg pasti sukar dirasai dek pembangunan ekonomi globalisasi. Tanah itu tanah yg tinggi, berdiri tegak bangunan yg subur dan kukuh, sedia berbakti agar anak bangsa dpat dididik, agar warga bijaksana mampu mencorak alunan kehidupan diri, sebelum melangkah ke arus yg lebih deras. Inilah bumi mekar dengan para ilmuan, jgn dibiarkan ia tercemar dengan kotoran fikiran pesong, jagalah ia dengan sepenuh kasih, curahkan jasamu dgan kegemilangan yg tinggi, buktikan kpada dunia yg kita mampu berjaya, moga kita bahagia di dunia serta akhirat jua...

Alahai, x sangka begitu indah coretan sajak istimewa buat mereka... Warga Pengkalan Hulu yg bijaksana, moga didoakan akan kecemerlangan Mus akan bakal menjelma, doakan seikhlasnya agar ukhwah kita berpanjangan hingga ke syurga, doakan agar kita masih ketemu selepas ini, doakan agar kita selamat di muka bumi ini... Salam rindu, salam sayang, salam kasih buat semua penghuni maktab yg kian mengukir sejarah... (^_^)"

Wassalam...
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
Twitter, facebook, youtube, myspace....

1 comment:

  1. alalaa...so sweetnya la ada senior macam awak ni..hehe.
    yeah,,betul jugak tu..rindu hostel n adik2 hostel sy juga..

    ReplyDelete

Sabily. Linux for Muslim...

sabily