Showing posts with label Mus. Show all posts
Showing posts with label Mus. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Animal Carnival 2013

Salam tuk semua pembaca. Seperti apa yg Mus telah janjikan pada post sebelum ni, Mus akan mendalamkan lagi tentang pengalaman Mus bersama kwan2 ke Animal Carnival 2013 yg berlansung di Sunway Pyramid pada 16 dan 17 Mac yg lalu... Perancangan nie dah lama dibuat dari bulan 2 lagi, seingat Mus. Dan beberapa hari sebelum kami bertolak ke KL, ade pulak masalah yg timbul... Ex-classmate Mus nak buat reunion hari Ahad tu...  Kalo ikutkan hati Mus, mmg nak sangat pergi, tp masalahnya perancangan ke KL nie dah lame dah plan... Kalo nak cancel pon, mcm x berbaloi sbb sume dah siap dirancang dan diurus sebaik mungkin... Senang cite, membazir duit Mus kalo x pergi... Haha...

Okay pagi tu Mus siap bersama dua beg, satu beg notebook tuk simpan baju dan satu lagi beg tuk bwak aksesori bergaya. Konon Mus nie kontrol macho la ek! Haha, please la. Mus x reti nak bergaya, tp Mus suka berusaha tuk jdi org yg bergaya. Tak salah ek... Okay, then ada sebuah sampul surat yg didalamnya terdapat segala pas tuk memulakan perjalanan. Bukan pas nak pegi konsert, pas tu tiket2 ETS dan bas... Haha...

Setibanya Mus bersama mak kat Stesen Kreta Api Ipoh, berjumpa pula dengan dua org kwan Mus nie, Amar dan Fudhail. Setahu Mus, Amar nie mmg minat Anime, sejak skola rendah lagi tu. Yg masalah nye Fudhail nie, rsenye dia nie "K-Pop fan"... Hahahaa, okay biarkan dia... Then, sembang2 skit smentara menanti sape nak rasmi naik ke ETS tu. ETS tu dah lame dah terpacak, tp sume pakat macam menanti sesuatu... Haha, Mus sbelum tu sempat la jugak beli makanan skit, padahal dlam beg SAG tu pon dah ade Ramen dua cawan. Muehehhee...

Berkumpul dpan ETS, blaku perkara yg x sepatutnya. Eh2, asal sume parent pakat sedih2 nieh? Haha, kteorg bukan nak pegi mana pon, pegi KL je. Tu pon ari Ahad nak balek Ipoh dah... Tp dah mcm drama pulak bile parent mcm nak nangis. Mcm kteorg nie nak pegi further study je... Muehehe, tp apa salahnya kan kalo kita dah dpat feeling tu. Lgpon time tu masih bergelar Lepasan SPM. Jadi, at least merasa skit feeling kalo nak berpisah ngan keluarga. Haha...

Okay, dalam ETS, Mus dan Amar enjoy sbb dapat main segala benda tekno yg kteorg bwak. Nasib baik Amar bwak extension, sbb plak bwah seat tu satu je. So sape yg duduk tepi tingkap la yg berbaloi sbb dpat plug. Bile dah dpat cucuk extension, Mus ngan Amar masing2 layan. Mus duk layan phone, si Amar plak layan laptop die. Haha, spanjang perjalanan Mus x tido. Tak tau kenapa walaupon pada malam sebelum tu pon Mus x ckup tido. Amar dan Fudhail tido... Jadi, Mus sorang je yg dok berjaga. Nasib baik Mus bwak buku nota, at least bole la jugak menulis ape2 yg terlintas dalam fikiran.


First2 bwak kluar buku nota, kwan2 duk usha je. Bila saat nak menulis, bertanya si Fudhail tu, "Eh, kau tulis diari ker?"... Haha, Mus terkejut jugak. Mus menafikan sbb Mus just tulis bende2 mrapik je dlam buku tu. Tp mmg fakta, Mus suka tulis diari. Cume skrang Mus sendiri tak pasti ke mana Mus campak buku diari tu... lama sungguh x update buku diari tu.... Muehehe... Sampai2 KL, Mus sibuk mencari kedai bundle. Bukan ape, Mus ingatkan kteorg akan pakai sandal or selipar je. Tengok2 diaorg jaga standard, dua2 pakat pakai kasut bertutup. Mus pula mase tu lupe nak bwak kasut sbb kalut nak berkejar ke Stesen Kereta Api... Hehe... Nasib baik kat KL Sentral tu ade kdai bundle jual kasut murah2. Walaupun Mus x berkenan sangat ngan kasut tu, tp at least ade jugak kasut bertutup, jaga standard skit... Muehehe...

Perjalanan kteorg diteruskan lagi dan kami mula sesat kat area KL Sentral tu. Namun kteorg beruntung jugak sbb gajet2 yg kteorg bwak bole tolong kteorg nak ke tempat yg kteorg tuju. Perjalanan yg agak meletihkan itu mula2 agak perlahan. Namun lama-kelamaan makin pantas sbb kteorg dah mule yakin dengan gajet2 kteorg. Kteorg betul2 ikut arah yg disuruh oleh gajet kteorg tu. Then kteorg berjaya amik bas dan menuju ke IOI Mall. Sampai2 kteorg lepak skejap sbb mencari arah ke hotel The Sun Inns. Then berjalan kaki umpama org yg mmg sesat. Tp akhirnya kami tiba di hotel. Tiba di hotel, agak pelik sbb org hotel tu x de catit name Mus. Mule2 tu mmg pelik, tp lama2 baru Mus sedar yg kteorg dah salah masuk hotel. Sepatutnya kteorg ke Sun Inns Lagoon, tp kteorg ke Sun Inns Puchong... Haha, ternyata salah Mus sbb Google Map dlam phone Mus salah navigate ke Puchong, bukan ke Sunway. Satu lagi kesilapan sbb x print siap2 arah ke Sunway tu mse kat umah... Haha, jadikan sebagai iktibar...

Lepas dah check in, kami lepak2 dalam bilik yg ternyata best. Bende2 basic sume ade... Haha, wifi pon ade. Masing2 dok layan je dlam bilik tu. Lpas dah puas hati ngan bilik, kteorg bergerak ke kedai mamak sebelah hotel tu. Selesai makan2, ingat nak gi jejalan ke IOI tu, tp tetibe hujan plak. So, kteorg msuk bilik dan just lepak2 dlam bilik tu. Masing2 ngan gajet masing2. Selesai online, sume pakat nak layan cite Chucky. Mus plak time tu ade cite Chucky complete dlam Hard Disk tu. So kteorg layan gile2 Chucky tu sampai malam. Tiba saja malam, kteorg gi jejalan ke IOI... Overall best je. Ade pegi arcade, tp totally Mus rindu kat JJ Ipoh... Haha, x tau nape. Tp yg pasti, ade la jugak org2 yg usha kteorg... X tahu kenapa. Mungkin sbb kteorg mcm budak2 nakal kot? Hehe... Selesai jejalan kat IOI, gerak semula nak cari port nak isi perut. X da idea, lepak kedai mamak sbelah hotel tu lagi... Mlm tu pekena tomyam ngan bandung! Pergh, sedap gila...

Mlm tu kat dlam bilik, x tau buat ape. Just layan online, then mlm tu jugak Mus projek ngan notebook Fudhail. Install Win7 sbb time tu pakai WinXP. Mula2 Mus cuak jugak nak install sbb takut tu notebook lame, takut x sesuai. Tp lpas dah trial run, nampak smooth je... So, terus install Win7. Ambil masa yg agak lama, sbb lpas install Win7, kne install anti virus, Microsoft Office dan mcm2 lah. Kirenya bagi complete package dan ready to use... Haha... Sume bende tu abis agak2 pukul 4 pagi... Pkul 4 pagi tu baru Mus tido, tu pon x ckup sbb pkul 5 tu, phone sume dah bunyi alarm... Subuh sudah tiba, dan Mus sorang je yg mamai lebih... Dok syahdu je, sementara Amar ngan Fudhail tu nampak cerdas je. Selesai Subuh, kteorg pakat layan makanan yg dibawa. Mus buat pertukaran ngan Amar sbb dia bwak Maggie Tomyam. So, tukar Ramen ngan Maggie Tomyam. Best pulak layan bende2 cam nie, teringat je ngan kehidupan kat asrama tuh... Muehehhe... Lpas selesai makan, bersiap nak check out...

Check out sudah, menanti teksi tuk ke Sunway. Tiba di Sunway, simpan beg kat Sun Inns Lagoon, hotel yg spatutnya kteorg tidur... Haha, kemudian mula jejalan ke Animax Carnival. Hormon Mus mase tu x brape elok sbb x cukup tido, jadi Mus x join pon Animax Carnival tu. Dah la kne bratur panjang, mmg lagi x balance la hormon Mus nnt. Jadi Mus amik keputusan jejalan sekitar Sunway Pyramid tu... Best jugak sbb Mus sempat ke tempat teknologi, pegi survey laptop, handphone, tablet dan mcm2 lah... Haha! Yg paling syiok sbb org2 kat situ ramah sungguh. Mus saje je kluar phone mase jejalan, ade yg duk panggil dari kedai suruh Mus masuk kedai diaorg... Haha, nak offer barang la tuh. Mus dah la x bwak duit time tu. Kalo bwak, mmg cadang nak beli satu tablet! Muehehee.... XD

Tengah syiok berjalan, kwan2 memanggil ckap diaorg dah selesai. Kemudiaan teman diaorg snap2 gambar org2 yg pakai costume anime... Mmg style!!! Rase jeles plak, dan Mus teringin la nak join Cosplay. Kwan2 pon ckap Cosplay dah dekat dah. Mus time tu la dok terbayang watak ape yg Mus nak pakai nnt tuk Cosplay. Tp menjadi ke ek? Muahahaha... Selesai ngan Cosplay, kteorg jejalan area Sunway Pyramid tu SEKALI LAGI... Bagi Mus la sekali lagi tu. Tuk diaorg, tak... Then lepak2 kat kedai Sony. Mus survey notebook, then headphone. Dan Mus ada jumpa satu earphone yg sangat2 best. Rasa mcm pakai headphone je, dan kualiti bunyi dia sangat bgus walaupun Mus gunakan setting yg normal kat phone...  Tp harga dia mmg gempak, RM1199. Mmg gila, tp rase nye mmg patut harga tu sbb itu teknologi dari Jepun dan kepuasan dia sangat terjamin. Earphone dia pon cantik... Sangat menarik dan lain dari yang lain...

Selesai jejalan kat Sunway, hormon makin tidak seimbang. Lepak2 kat luar skejap, kemudian mula bergerak semula ke Sun Inn nak amik beg2. Kemudian mula bergerak mencari bas. Sepanjang dlam bas, Mus x bole tido sbb mengenangkan dua org gadis yg asyik perhatikan Mus. Mungkin sbb pakaian Mus yg sangat formal... Hurm, ape lah pompuan2 tuh! Then, singgah ke satu pusat beli belah, Mus cuma beli air je. Kemudian terus ke Pudu. Di Pudu, Mus tidur berbantalkan beg sbb Mus dah x tahan sgt x ckup tido. Then, gi solat kat surau Pudu. Sangat cantik dan selesa. Malangnya, plak kat situ byk x bole guna... Muahahhaha... Lpas pkul 8 mlm, shopping snek skit, Mus sempat beli roti dan air... Haha, sekali lagi, org kat situ sangat peramah... Mmg peramah dengan pelanggan... Sangat best...

Platform 10, special tuk Transnasional... Dan Mus duduk sorang2, manakala kwan Mus tu duduk berdua-duaan... Muehehhe... Mus tido sebaik mgkin dengan keadaan yg tidak selesa... Ish3! Tp kire ok jugak la perjalanan tu. Selamat sampai ke Medan Gopeng, kemudian parent ambil dan terus balik. Sebelum tu ade singgah makan sebentar....

Ape yg Mus bole conclude tuk trip ke KL nie... Kita kena sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Bila nak berjalan jauh nie, pastikan keadaan mental serta fizikal kita bersedia untuk sebuah pengembaraan yg mencabar. Kita jugak kne pandai nak menyimpan wang sepanjang perjalanan nie. Cari alternatif sebaik mungkin agar tidak berlaku sebarang kerugian... Apepun Mus harap para pembara ada kenangan yg menarik dan cerita yg lebih mencabar dari cerita Mus dalam post ini... Jangan lupa untuk membaca byk lagi post yang akan datang selepas post nie... Terima kasih...

"Kisah kita untuk dikongsi bersama"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Thursday, February 21, 2013

Memorial Perjalanan

Salam tuk para pembaca. Just suddenly terpikir si dia... Muehehee... Okay, lets move on, shall we?

Tuk sesiapa yg masih belum kenal ngan diri Mus nie, hehe, Mus nie single lagi... Hahah, oke, bkan nak promote. Tp sbenarnya dalam hati ni byk jugak calon2, tp just mcm x bole jalan je. Sepanjang perjalanan Mus sbgai homosapien, mmg byk bebenor kenangan yg telah Mus lalui. Apa yg acapkali buatkan diri Mus ini tersenyum, hanya disebabkan kenangan Mus bercerita kisah perjalanan Mus yang jauh itu dgan kwan2 lain mase kat asrama. Bgi Mus, Mus rase sangat bertuah sbb dpat melalui perbagai jenis pengembaraan. Mus masih ingat lagi akan beberapa junior di asrama yg exited sangat2 bile Mus nak bercerita ttg adventure yg Mus telah lalui...

"Abg Mus, cite la lagi kisah adventure abg tuh..." mereka tidak pernah jemu. Wpon Mus ketika itu mula mamai kerana letih seharian di sekolah, namun Mus cuba untuk riangkan mereka dengan bercerita. Kadang-kala cerita itu ibarat sebuah kisah dongeng agar dijadikan pedoman sebelum mereka lelap merehatkan diri. Maka Mus mula bercerita... Apa yg membuatkan mereka tertarik, adalah kerana perbezaan sosial yg telah Mus lalui. Yup, bergaul dengan golongan yg amat pelik, samseng, penjenayah, bakal protestant, ahli muzik, ahli gusti, pelakon murahan, penjual maruah dan bermcm2 lagi... Hahaha....

Mereka tidak pernah jemu, tidak pernah sesekali mengeluh, tidak pernah sesekali membantah. Malah, mereka asyik mendengar kerana mereka pasti ada sesuatu yg bole mereka pelajari dari kisah itu. Mus cuba untuk kelentong sebentar dgan mereka. Namun, melihat kesetiaan mereka yg tidak berbelah bahagi, Mus bercerita dgan mereka perkara2 yg mmg benar berlaku dalam hidup Mus... Sememangnya mereka pendengar yang baik...

Terkenang kepada mereka sentiasa membuatku tersenyum, ingin aku kembali ke tanah yg begitu dingin itu, menarik hembusan pagi yg pasti segar, menikmati suasana alam semula jadi yg pasti sukar dirasai dek pembangunan ekonomi globalisasi. Tanah itu tanah yg tinggi, berdiri tegak bangunan yg subur dan kukuh, sedia berbakti agar anak bangsa dpat dididik, agar warga bijaksana mampu mencorak alunan kehidupan diri, sebelum melangkah ke arus yg lebih deras. Inilah bumi mekar dengan para ilmuan, jgn dibiarkan ia tercemar dengan kotoran fikiran pesong, jagalah ia dengan sepenuh kasih, curahkan jasamu dgan kegemilangan yg tinggi, buktikan kpada dunia yg kita mampu berjaya, moga kita bahagia di dunia serta akhirat jua...

Alahai, x sangka begitu indah coretan sajak istimewa buat mereka... Warga Pengkalan Hulu yg bijaksana, moga didoakan akan kecemerlangan Mus akan bakal menjelma, doakan seikhlasnya agar ukhwah kita berpanjangan hingga ke syurga, doakan agar kita masih ketemu selepas ini, doakan agar kita selamat di muka bumi ini... Salam rindu, salam sayang, salam kasih buat semua penghuni maktab yg kian mengukir sejarah... (^_^)"

Wassalam...
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
Twitter, facebook, youtube, myspace....

Monday, December 24, 2012

BERDIAM DIRI? (Mungkin...) (^_^)"

Salam tuk semua pembaca blog, Mus sangat minta maaf sebab "berdiam diri" sejak beberapa hari ini. Erm, sebab yg bole Mus berikan, salah seorang sahabat lama yg Mus knal bersama ketika di bangku persekolah sekolah rendah telah kembali menghadap yg Maha Kuasa. Mus sememangnya terkejut dan tidak tahu sebarang kata untuk dikatakan.

Terbit juga dalam hati ini perasaan menyesal sbb x dpat bersama arwah dalam saat-saat terakhir beliau sebelum meninggalkan dunia yg fana ini. Yup, mmg terlampau byk perkara yg Mus x tahu. Apapun, Mus skrang sdang cuba bangkit dari kesedihan itu kerana Mus x mahu perasaan sedih itu yg menjadi beban untuk Mus mara ke hadapan. Semoga perjuangan Mus dpat diteruskan demi persahabatan dan ukhwah yg pernah terjalin sebelum ini.

Buat masa sekarang, Mus cuba untuk menyampaikan mesej kesedaran mengenai Teknologi melalui dialog ringkas. Kirenya msej menyindir tp sekurang kurangnya pengguna dpat tahu sdikit sebanyak mengenai fakta Teknologi terkini. Diharap pengguna bole copy and paste dialog tu tuk disebarkan kepada yang lain...

Huh, entah mengapa Mus x ada idea untuk berbicara! Anyway, just chill and keep connected with me!

"Shut up and blow your mind"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily