Wednesday, March 13, 2013

Dusta bukan sebarang dusta...

Salam tuk semua warga pembaca... Apa kabar? Di harap sume nye baik2 saja ek. Mus kali nie just sekadar nak mengisi kekosongan yg ada... Bukan senang kalo Mus nak post ape2 dlam blog sbb slalu nye bile ade mood baru Mus akan mula taip2 kat Blogger nie. Anyway, skrang nie masih mencari idea2 segar tuk dipost dlam blog nie. Stakat nie, Mus rasa ingin nak post ttg tutorial skit dlam blog nie. Tp masalahnya, maybe semua tutorial yg akan Mus post kan sume mengenai Ubuntu Linux. Haha, nak buat cemane, dah Mus sendiri pakai Ubuntu. So, korang2 kena la jugak terjemah nak buat tutorial dalam komputer Microsoft Windows... Haha... Okay, lets move on...

Sedang aku berburu akan satu inovasi sempurna, inovasi ceria, inovasi mesra alam, inovasi yg bakal membuka ruang pemikiran sekalian manusia. Sedang manusia era globalisasi asyik mamai, dibuai mimpi menjilat gula2, segala2 nya manis, tiada masin, tiada masam, hingga kan air nikmat itu sendiri sudah membasahi kain selimut perangkap haba... Huahua, merapik sungguh Mus dlam post nie... Haha... Anyway, nie just permulaan saja. Mus pon dah lame x buat ayat2 sastera cam nie. Nak kena praktis lagi nieh... (^_^)"

Mus ingatkan nak buat tutorial psal komputer. Tp mcm yg telah Mus ckapkan sebentar tadi, Mus nie pakai Ubuntu Linux. Jadi, Mus yakin rmai yg x pakai Ubuntu dan mesti rmai yg x pernah dengar pasal Ubuntu. Bila diaorg dgar name tuh, diaorg akan pelik... "Ape Ubuntu tuh?"... Tp pabila saat mereka melihat Ubuntu dihadapan mereka, mereka akan berkata... "Wah, dasat gile Ubuntu nie"... Jadi sume pakat nak install dlam komputer diaorg sedangkan mereka sendiri tidak tahu cara untuk menggunakan Operating System(OS) tersebut. Maka mereka sangat teruja... Namun, Mus yg semakin gentar...

Sedang asyik mereka bermain ngan Ubuntu, tetiba kluar mesej ralat.. Ralat berpunca pabila mereka nak buka file ".exe". File exe nie pada asalnya mmg utk Windows. Mereka tak tahu yg Ubuntu Linux cuma pakai "deb" file sahaja. Jadi, mase tulah sume pakat mengutuk Ubuntu. Semua pasti akan marah akan Ubuntu pabila mereka sedar mereka tidak boleh main game, tak bole nak buat bende2 best, dan pelbagai lagi komen mereka...

Namun, satu perkara yg mereka tidak sedar ialah, Mus masih lagi seronok menggunakan Ubuntu. Walaupun mereka mencemuh Ubuntu, tp Mus masih lagi setia untuk menggunakan Ubuntu. Mus cuma ade satu alasan kukuh tuk mereka, "Kalian masih tidak rapat dengan Ubuntu". Itu sahaja... Untuk pengetahuan semua pembaca, Mus sudah mengenali Ubuntu sejak dari umur 12 tahun... Masa tu Mus tertarik nak beli Majalah PC dan pada waktu yg sama Majalah PC ketika itu kerap mempromosi Ubuntu. Pelbagai teknik dan ilmu telah Mus pelajari dari slot Ubuntu dlam Majalah PC. Namun, agak mengecewakan pabila Majalah PC kini tidak lagi mewujudkan slot Ubuntu. Mus sendiri tidak pasti mengapa mereka melakukan demikian padahal Ubuntu sememangnya percuma untuk dikongsi... =="

Well, Mus ngan Ubuntu dah mcm kawan rapat. Skejap Mus guna, kejap x. Sbb mase tu Ubuntu ade byk masalah sbb baru nak berkembang. Tp bila Mus dah naik umur 15 tahun, Ubuntu telah mula mencorakkan sebuah kesenangan dlam menggunakan OS tersebut tidak mengira usia... Setiap org mampu untuk mempelajarinya serta mendapatkan bantuan khas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan OS. Mus sendiri makin tertarik dgan Ubuntu. Kini, Mus telah punyai pelbagai jenis Linux. Cuma sekarang Mus masih melekat ngan Ubuntu. Mungkin kerana Ubuntu kini sudah mula dikenali oleh semua. Lebih2 lagi dgan pelancaran Ubuntu Phone, Ubuntu for tablet, Ubuntu TV dan Ubuntu for Android. Kini Ubuntu makin hampir dalam pasaran antarabangsa di mana Mus yakin Android bakal menerima satu lagi pencabar dari keluarga yg sama, iaitu Linux... Mus akan ketengahkan perbezaan ketara antara Ubuntu dan Android dlam post yg akan datang...

Apa yg bole Mus ckap, korang kene berkenalan dgan Ubuntu terlebih dahulu. Mungkin ada di antara kalian yg akan membidas Mus dgan kata2 sperti, "Linux Mint lagi best", "Kubuntu lagi best" dan blablala... Sbenarnya x kisah ek sbb Linux nie sbenarnya lebih kepada kebebasan untuk menggunakan komputer. Jadi, semua org ade distro yg mereka minat. Mcm Mus lgi suke pakai distro Ubuntu... Mgkin sbb dia lagi byk support dan kini ada byk jalinkan hubungan dgan pembekal komputer sperti HP, Lenovo dan Dell...

So, knapa dgan "Dusta bukan sebarang dusta"? Haha.... Tajuk nie mcm x de kne mengena langsung dgan apa yg Mus sembang dlam post nie. Bkan ape, Mus just kalo bole nak ekspresikan rasa tidak puas hati Mus kepada golongan2 "noob" yg sesuka hati duk kutok golongan2 Linux nie... Wpon korang2 yg fanatik sgt ngan Tingkap tu... X kisah la tingkap 7 or 8... Tp percaya lah yg korang masih dikelilingi ngan Linux... Setiap hari, spanjang perjalanan korang kat dunia nie, mesti korang akan jumpe Linux. Cume sedar atau x je... itulah hakikat yg org x bole terima ttg Linux. Anyway, tuk semua peminat Linux, ANDA SANGAT BERBAKAT DAN HEBAT! Tuk pembenci Linux, ANDA SANGAT NOOB!

Mus x suka kalo nak gaduh2 psal Linux ngan Tingkap. Bkan ape, just guna logikal akal. Apalah guna nya ada akal tp x mau nak gune. By the end, Linux sekrang makin mendominasi dan sekrang rmai org dah terbuka minda pabila kecacatan Tingkap makin menyerlah... Terpulang kepada anda untuk menyatakan pendapat masing2... Kerana ini adalah luahan dari diri saya... Terima kasih...

"LINUX RULES"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Monday, March 11, 2013

Kem 8-10 March 2013

Salam tuk semua pembaca blog. Trimas kerana sudi membaca sedikit sebanyak coretan Mus dlam blog nie. Hehe, Mus agak pelik sbb byk sgt nak story kat dlam blog nie padahal diary tu pon Mus dah byk tinggal... Aisey, x pe Mr Diary, lepas nie Mus stick ngan awak okay! Haha... Sian plak kat diary tu, lame bebenor Mus x update ape2. Dah la diary tu payah nak cari - agak limited! Okay, lets move on...

OTW ke kem, ade la sorang-dua mamat fasi duk menggedik nak bwak keropok. Aisey, untung la ek korang2 dpat senior cam Mus nie ek. Rjin plak Mus dok singgah Tesco skejap shopping2 ape yg patot tu diaorg tuh. Tp kalo ikutkan hati, just nak bwak bende2 nie tuk sorang je. Itu pon sbb Mus dah janji nak ajar Math. Haha, buat part time ajar Math. Bkan ape, Mus mmg minat Math, cume x pro sgt. Rmai org ckap Math nie mmg kne slalu buat latihan, baru pro. Mus pon akui statement tu. Mmg benar. Kehidupan selepas SPM nie lagi byk bukak mata Mus ttg betapa b'harga nya nilai kehidupan semasa di bangku persekolahan. Dan Mus cuba untuk bersyukur dengan segala yg telah Mus lalui. Telah byk pengalaman yg tercatit dlam minda ini. Namun sehingga kini, Mus masih x dapat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yg telah terjalin setelah sekian lamanya... Mus hanya mampu berdoa....

Okay, lets move on... Pasrah sungguh Mus kali nie. Okay... Erm, setiba di kem, just mcm biasa. Mus sbgai Ustaz. Series kali nie lagi takut sbb kali nie peserta dari UPSI. Aisey, first impression, Mus nie junior diaorg. Wajarkah seorang junior nak memberi tazkirah di hadapan warga yg lebih bijaksana aka senior? Kalo ditanya kepada seorang sahabat Mus yg menetap di Gerik, pasti beliau akan menyatakan bahawa kita semua sesama Islam, perlu saling menegur akan kesilapan masing2. Tidak kira tua muda, miskin kaya, kita perlu saling menegur agar kita tidak lalai akan urusan duniawi dan kita makin ketinggalan dalam mengejar akhirat. Lebih penting, mengejar Jannah-Nya... Wah, mmg macam Ustaz la Mus nie... Haha, perasan suda... Muehehehe...

Secara keseluruhan tazkirah, Mus mmg merapik, x tau nak ckap ape. Ade fasi yg bgtau Mus, ade sorang peserta ckap, "Ape la budak nie dok merapik...". Jwab Mus, "Thanks la ek abg. Mus just x nak bajet bagus je. Lagipun Mus nie bukan berilmu sgt pon. Mus just cube yg terbaik... Okay..." Again, Mus x suke nak melawan ckap org yg lagi berilmu. Lagipon nie pertama kali berjumpa, jadi lagi elok kalu kita jaga hubungan kita agar berkekalan dengan izin-Nya... (^_^)"

Sepanjang kem mcm biasa, cuma ade malam tu Mus buat kelas Math. Haha. Then, mlm seterusnya ade slot Perkongsian Ilmu. Sekali lagi, Mus sgt kekok nak berkongsi ilmu walaupun Mus tau yg Mus ade byk ilmu lagi2 ttg IT. Tp Mus mmg x yakin nak cite sbb x der laptop. Kalo ade laptop, berani la jugak nak story2 ngan diaorg. Muehehehe... Mlm tu Mus, Mierul dan Fitrie kne berkongsi ilmu. Hahaa... Mmg best. then mlm tu kteorg kne buat modul tuk grouping activiti, then kemudian sume pakat lena kat luar tu. Time tu jugak fasi2 junior ckap yg diaorg x akan dtang tuk beberapa minggu, nak fokus exam. Bgus la kalo diaorg dah mula pulun. Mus sendiri pon seronok mendengar bile diaorg ckap mcm tuh. Tp diharapnya diaorg x melencong ke mana2 la ek... Hahaha... Bukan x percaya, tp remaja zaman sekrang, sangat gemar untuk bersuka ria... Haha... (><)"

Kem ni jugak byk membuka mata Mus ttg siapa diri kita dgan kawan2 yg lain. Sebenarnya Mus ckup suka kalo buat group then kita bercerita ttg siapa diri kita yg sbenarnya. Alhamdulillah, Mus dpat jumpe dgan org yg sesuai tuk buat group perbincangan ni. Sgt menarik di mana kita mampu mengenal siapa diri kita, diri kwan kita, jujur dari hati yg sbenarnya. Tiada perasaan ragu, cerewet, dan benci. Terima seadanya... Okay, bende nie Mus akan tekan kan dalam next post! Hehe... (^_^)"

Okay, erm, nak cite ape lagi ek... Kali nie Mus sempat nak berendam... Muehehe... First time... Haha. Anyway, balik agak kecoh sbb tetibe fasi ade jamuan skit kat Bandar Seri Botani, tp Mus slamat pulang ke rumah nenek kat Station 18. Erm, then just berstory2 ngan nenek... Mmg best, Blek2 pon badan naik letih. Ingat nak masuk bilik nak layan anime, tp mata dah berat sgt, nak masuk kan charger laptop pon x larat. Last2, pengsan macam tu je.. Haha...

Overall, kem kali nie lagi mencabar. Tp sgt menarik sbb Mus sembang berdiskusi ngan sorang peserta sbb Mus dah keliru nak apply Universiti ape. So, Mus sempat berdiskusi skit2 ngan sorang abg tu. Thanks a lot yea. Tp maaf sbb x sempat tanye nama dan info skit2! Heheheee... Tuk semua, Mus pasti kalian punya kenangan yg pasti indah untuk dikongsi bersama... Bagi Mus, segala kenangan ini sgt bermakna dan tiadalah salahnya utk kita berkongsi. Tp perbetulkan niat kita bila nak berkongsi cerita. Bkan nak berlagak, bukan nak menunjuk, bukan nak buat yg lain naik dengki dgan kita. Kita cume nak berkongsi agar yg lain akan tertarik untuk lakukan yg terbaik dlam kehidupan masing2. Moga2 kita mendapat apa yg kita hajatkan... (^_^)"

"Pandang ke hadapan dan jangan gentar"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Thursday, March 7, 2013

Ujian JPJ 6 March 2013

Salam tuk semua pembaca. Terima kasih kerana sudi mencemar duli ke laman blog hamba yg tidak seberapa enak dipandang, tidak sehangat golongan Tuan Hot... Haha, merapu sebentar... Anyway, Mus hrap korang semua enjoy dengan post Mus yg sbelum nie. Stakat ni, Mus dpat byk feedback dari kwan2, majority sangat terkejot akan "ayat-ayat" dalam post tersebut. Trimas skali lagi Mus ucapkan... Apa2 pon, lets move on... (^_^)"

Pagi yg indah, sedang matahari menyinar dan cuba menyelinap ke dalam kamar ku, aku masih lemah terbaring, sedikit gementar namun memikirkan sebuah misi yg harus dilaksanakan pada hari tersebut. Ku capai telefon bimbit yg makin dimamah usia namun penuh jasa, dan di situ terpamer waktu yg sangat berharga. Ku bangkit lantas menggelunsur jari-jemari ku pada skrin telefon pintar ku pula. Ku mula membaca segala perkara urusan yg tidak ku layan ketika mencapai dunia alam kedua. Setelah selesai coretan di alam maya, ku segera bersuci lantas bersiap sempurna demi menghadapi dugaan yg sebenar.

"Adakah engkau sudah bersedia?" bisik hati ku yg kian takut, kian ditenggelami kegelapan perkataan 'GAGAL'. Ku cuba tenangkan hati ini, agak sukar. Namun, ku pasti hati ini bakal sinar dan terus bersinar jika 'Lulus' diperolehi. Demikian aku terus meyakinkan diri ini untuk menyempurnakan segala tugasan pada hari tersebut. Hanya aku yg masih berbisik sendiri, berbisik ayat2 suci agar keyakinan ini bakal menebal lantas memberi satu kejayaan yg bermakna. Aku harus yakin pada diriku...

Okay, Mus hilang mood skit nak bersastera panjang. So, Mus just cite skit la ek... Hahaa... Erm, okay! Agen Mus dtang amik Mus dari rumah dan kteorg gerak ke LSA naik motor, bukan kereta. Yep, bkan kereta. Padahal Mus nak amik test kereta aritu, tp biarkan lah. Uncle Chan nie mmg lain dari yg lain... Hahahaa... Setibanya sahaja kat LSA, Uncle Chan memberikan harapan yg penuh agar Mus lepas ujian JPJ nie. Dan Mus terus melangkah menuju ke ruang penantian di mana terlampau ramai makhluk berkumpul di situ. Ada yang berdiri, ada yg duduk, masing2 dgan hal sendiri. Mus bersyukur kerana dpat berjumpa dgan senior Mus mse kat SMK ABC. Sedikit sebanyak kami dapat berdiskusi mengenai Universiti dan aliran yg ada. Dan Mus saat itu perlu menilai semula akan pilihan yg bakal Mus ambil... =="

No 43, itu lah nombor giliran Mus tuk ujian JPJ nie. Taklimat sebentar, kemudian buat parking. Sementara tu sempat jugak jumpa kwan lama, Puteri, Wanie... Haha, makin besar ek anak dara dua org tuh. Lunch, mkan roti dan milo ais, nyum nyum... Then, buat parking! Naik bukit kne buat dua kali. Lepas. Then buat parking plak. Dua2 lepas cume org JPJ tegur sbb x angkat tangan. Okay, my mistake. Kemudian, syiok, then bratuk amik jlan tuk ujian Jalan Raya. Dpat G, area Bercham. Syiok jugak sbb dapat jalan yg mmg slalu lalu. Haha... Agen pon senyum sokmo... Penantian yg ckup lama, sempat sembang ngan Puteri lagi. Haha, kemudian sampai giliran, tengok2 org JPJ tu bwak balek sorang student, x lepas. Kesian sungguh ngan student tu, nangis2 die sbb dpat 6/20. Byk btol salahnya. Dan time tu lah Mus makin cuak...

Sume jalan lancar sehingga org JPJ tu ckap direct ngan Mus... "Kmu bwak kreta nie bole x bwak mcm org biasa? Jgn slow sgt, jgn laju sgt! Bwak cam normal, x payah nak slow2, okay..." nada dia agak tegas. Mus okay je kalo nak bwak normal, cuma maybe nnt sangkut2. Bwak stakat tu okay, org tu ade la jugak tegur2 skit. Then bwak kreta, ade mse Mus lupe nak gne signal, brek pon mcm haram... Hahaha... Then tengah syiok sbb sume bjalan lancar, kat on the way balek LSA, kat area dpan kedai mamak, Mus naik bukit dan berhenti kat situ sbb time tu x de kreta, so just msuk la kat situ. Tetibe lampu isyarat hijau, dgan confident nak pecut, tp tetibe KERETA MATI ENJIN! =="

Mus makin cuak dan org JPJ tu pon sruh Mus cpat hidupkan enjin. Enjin dpat dihidupkan dan Mus terus pecut dgan tekan minyak gila2... Haish, mase tu Mus mmg pasrah kalo gagal tuk ujian nie, mmg salah Mus pon sbb mati enjin kat situ... Mus makin MOODY, makin MOODY, makin MOODY!!! =="

Mus kembali ke LSA dgan muka yg AMAT MOODY, MMG PASRAH!!! Mase tu pon Mus dah x kisah kalo gagal... Parking kreta kat tepi, kemudian org tu suruh sain... Mus pon sain la bende tu... Tp tengok2 kat bwah tu... LULUS!!!!!!

"Yeeeeeeeehhhhhaaaaaaaaaaaaaaaawwwwwwwwwwwwwwwww, AKU DAH LULUS! AKU DAH LULUS! AKU DAH LULUS!" Punye la Mus enjoy sbb dah lulus. Wpon org JPJ tadi tu garang, tp at least Mus dah LULUS!!! Hahaha... Balek mmg muke bersinar2 je... Hahaha.... Balek terus post kat Twitter, Facebook... Rmai yg ucap congratz. Mus pon nak ucap terima kasih atas semua ucapan kwan2 yg sgt AWESOME... (^_^)"

Anyway, Mus masih menanti sebuah kejutan besar, iaitu Lesen P tuk kreta. Agen Mus janji lesen tu akan siap dlam masa satu hari. Stiker pon akan mula dibeli dan ditampal di kreta... Haha, syiok ya Amat!!!! (><)"

So, itulah exited bile amik lesen... Lebih kurang ngan exam jugak. Mule2 perit, bila dah sukses, rase seronok sgt... Enjoy ya Amat!!! Hahaha... Hrap2 korang enjoy baca post kali nie... Wassalam...

"Every task is easy by looking on it"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Tuesday, March 5, 2013

Terima Kasih Mawar Berduri...

Salam tuk pembaca sekalian. Maafkan Mus kerana agak sepi sejak dua menjak nie. Ape2 pon diharap korang semua enjoy tuk baca post dari Mus tuk kali nie... Terima kasih duhai Mawar Berduri...

Mawar Berduri, nama yang agak sinonim dgan seorang wanita. Tp Mus bukan nak berbicara mengenai seorang gadis atau perempuan dalam post kali ni. Mus nak fokuskan ngan seorang lelaki yg Mus sendiri kenal. Cheh, mmg pelik kan tetibe lelaki dikaitkan dengan mawar. Agak bertentangan... Abis tu nak gne ungkapan ape? Hahaah... Okay, lets move on... (^_^)"

Mus kesepian pada mlm itu. Mus agak keletihan, tidak bermaya namun hati ini kuat untuk terus menghadap skrin komputer untuk melayari laman sesawang sosial facebook dan twitter. Mus semakin bosan dan terus membuka peti Chat Box... Dan name si dia terpamer... Lantas, Mus segera klik nama beliau dan Mus menegur si dia... Dia tidak menjwab, membisu seketika. Pada fikiran Mus, dia mgkin sudah terlena memandangkan dia bkal pulang ke rumah institut pembelajaran yg jauh tersorok di atas bukit yg sejuk tatkala malam, nyaman tatkala pagi...

Tidak lama kemudian, dia menjwab, namun jwapan nya umpama org yg lain dari nama yang asal. Pada fikiran Mus, mgkin itu ibu si dia... Mus berbicara secara formal kerana Mus sendiri pernah berurusan dengan ibu si dia... Namun, tetibe soalan lain diajukan kpada Mus... Mus agak terkejut akan pertanyaan itu. Lantas, Mus bertanyakan akan siapa si penaip itu. Si penaip mengatakan bhawa dia merupakan gadis istimewa untuk si dia... Pada saat itu Mus cuma terdiam dan tidak percaya akan pernyataan itu.

Kemudian, Mus terus membuka profil si dia, dgan harapan dapat mencari satu kebenaran yg akan menafikan pernyataan si gadis penaip itu... Namun, satu post dari dia menghancurkan hati Mus pada saat itu juga... Hati ini pecah, hancur, berkecai. tiada sebarang kata mampu diucapkan. Mus cuba untuk membaca segala komen dalam post itu, namun Mus tidak sanggup... Mus tidak sanggup membaca sebarang kata2 mereka dalam post itu...

KEJI, JIJIK, MELUAT, HINA, JAHIL... INI SEMUA DUSTA SEMATA-MATA... Mus tidak percaya akan kebenaran kata si gadis penaip itu... Mus sememangnya tidak sangka akan semua ini. Mus tidak percaya, x akan percaya, susah nak percaya... Dalam hati ni, rsa ingin pergi kepada si dia dan terus melakukan sesuatu untuk membuatkan si dia sedar akan ape yg telah dia lakukan kepada Mus... Sebuah PEMBOHONGAN YANG NYATA... Sebuah RANCANGAN TERHEBAT dlam MENJATUHKAN KEPERCAYAAN... Mus semakin BENCI MELIHAT DIA... Mus semakin MELUAT untuk bercakap ttg si dia... PERGI ENGKAU DARI HIDUP AKU...

Selepas beberapa ketika, maka berlambak lah tweet2 yg Mus post kan di laman sesawang twitter... Hanya beberapa org sahaja yg tahu akan perkara ini... Mus tidak mahu si dia tahu bahawa Mus sudah tahu akan pembohongan nya itu... Mus hanya mahu berdiam diri dan tidak mencampuri dalam urusan dirinya... Biarlah Mus bersendirian dengan dunia Mus, JGN PERNAH KAU DATANG MENGHAMPIRI AKU LAGI...

Pergilah engkau berlayar sendiri,
Usah kau hirau akan perasaan diri ku ini,
Jgn engkau toleh kebelakang lagi,
Kerna aku sesal bersama mu.
Sedang engkau perdaya diri ku,
Sedang aku menjadi mainan hiburan mu,
Saat itu aku percaya akan duka mu,
Aku jujur untuk membantu diri mu.
Kini engkau terbongkar segala dusta,
Aku sudah terluka lagi terhina,
Tiada kata putus,
Untuk aku bersama mu lagi,
SELAMAT TINGGAL,
MAWAR BERDURI...

Mus harap agar si dia faham akan coretan hati ini... Mus tidak mahu hubungan kita terputus begitu sahaja, kerna Mus masih anggap dia sebagai seorang kawan. Jgn disebabkan kes ini, ukhwah kita terputus begitu sahaja... Mus hanya mampu mendoakan agar si dia sedar akan kesilapan yang telah dia lakukan... Moga dia sedar dengan izin-Nya...

"Jiwa luka perlu penawar"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Friday, March 1, 2013

Pelik tapi benar...

Salam untuk semua pembaca. Post kali ni just simple2 je. Sbb skrang Mus agak busy nak siapkan text2 tuk disampaikan di Kem nnt. Anyway, lets move on...

Sedang dia berjalan, aku terpaku melihat si dia. Dia masih bersama langkahnya, timbul tanda tanya akan ke mana dia bakal tuju. Aku masih tepat memandang si dia, tiada dapat ku lepas cengkaman pandangan ku terhadapnya. Dan dia mula melangkah lagi, dengan harapan agar dia berada bersama teman yg dia percaya. Aku tunduk, tiada kata. Kerana dlam hati ku, aku fikir yg dia akan berasa janggal. Lebih2 lagi akan diri ku yg tidak dia kenal, seterusnya bakal mengundang rasa hairan akan perangaiku terhadapnya...

Okay, so thats it. Sedikit sajak? Haha, tp inilah yg Mus agak runsingkan sebenarnya. Mcm ada satu perasaan, satu "feeling". Mase peserta dari SMK Dato' Sagor tu dtang ke Kem, Mus mmg exited lagi2 bile tengok diaorg pakai uniform. Sangat kemas. Rse nostalgik dan Mus teringin plak nak pakai bju sekolah. Pernah jugak terlintas dlam fikiran Mus nak pakai baju sekolah bile nak buat gathering. hahaa, bukan ape, memori semase remaja merupakan memori yg terindah. Walaupon ada suka dan duka, tp memori remaja adalah memori yg paling sukar untuk dikembalikan dan dirasai semua. Jadi, gunakan lah masa anda sebagai remaja sebaik mungkin. Memori pasal remaja akan Mus fokuskan dlam post yg berikutnya...

Sebaik sahaja melihat peserta2, mse tu Mus tetiba kne amik gamba, aisey. Mus dah la x suke pegang kamera org lain. bkan ape, just takut rosak. Jenuh plak aku nak kne ganti. Muahahaaa... Okay then. Sedang asyik membanting tulang sebagai fasilitator di Kem tersebut, Mus tertarik dgan sorang budak nie. Ntah le ape namenyer. Mcm pelik je. Muahahaa... Okay, tu persepsi pertama. Lpas tu plak, tengok die nie, mcm x biasa je dgan keadaan sekeliling. Mcm "Freshman", agak pendiam, tiada kata, tak byk sangat buat pasal, cam acting je... Hahahaa... Tu yg Mus tertarik tu... Haaa... Mmg pelik kan.. Tetibe dpat perasaan seumpama itu... Haha...

Maka Mus pon menjalankan tugas utama Mus sbgai Pendakwah di kem tersebut. Terus terang Mus katakan, ni merupakan Kem pertama yang Mus join dan memegang satu amanat yg besar untuk mentarbiyah anak2 didik yg menyertai kem ini. Mmg agak janggal bile nak conduct event2 keagamaan memandangkan Mus nie bukan nye arif sgt bab agama. Namun, Mus yakin yg kita selaku umat Islam perlu saling berkongsi ilmu dan saling nasihat-menasihati sesama insan dalam mengejar Jannah di akhirat kelak... Amboih, mcm Ustaz la plak... hehehe... Mcm yg Mus ckapkan tadi, Mus cume berkongsi ilmu sedikit-sebanyak yang mgkin... Hehee....

So, back to the topic. Alhamdulillah, Mus berjaya berkenalan dengan budak yg Misteri tu... Muahaahaa... Agak kelakar sbb "instinct" Mus terkena lagi... Haish, mmg pelik. Spanjang perjalanan Mus nie, "instinct" nie dah byk kali terkena. Hahaa, mmg menarik, tp bile dah terkena, rase mcm "Fall in Love" la plak. Mmg lar, bkan senang nak jumpe org yg byk persamaan dengan kita... Kan... Kan.. Kan... ? Bile dah jumpe ngan org tu, rse nak lepak ngan die lame2! Hahaha...

Anyway, kem nie sgt syok! Bole la. haha... Mus just wish all the best tuk student SMK Dato' Sagor. Semoga anda sukses dan menjadi pemimpin yang berjaya. Sori kalo terkasar bahasa spanjang kem. Dan jgn terkejut bile tengok Mus nie sorang yg berbeza di dunia realiti dan dunia siber... Jgn terkejut, sbb tu mmg diri Mus yg sbenar... Muahahaha... Okay, I think thats all for this post... Sbarang kekurangan akan ditambah dlam post yg seterusnya... But next time maybe just update from mobile phone... Nak gi kem dah nie... hahaha... All the best ek!!!

"Leader are person who believe in their self"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily