Showing posts with label linux. Show all posts
Showing posts with label linux. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Tutorial : Streamtuner2 @ Ubuntu

Salam tuk semua pembaca blog terutama kepada golongan penggemar IT. Ini merupakan post pertama Mus mengenai tutorial komputer. Pada post sbelum ni, Mus ada nyatakan siap2 bahawa majoriti tutorial Mus adalah berdasarkan OS(Operating System) Ubuntu Linux. Ubuntu merupakan salah satu distro Linux yang popular di kalangan pengguna Linux. Setakat ini, Ubuntu masih sedang dalam pembangunan untuk diterapkan ke dalam telefon bimbit, tablet dan juga TV. Okay, kali ni Mus nak bagi skit tutorial tuk dengar radio dan layan TV. Lets move on... (^_^)v"

Dari Desktop, buka aplikasi Ubuntu Software Center.


Kemudian, taip dalam kotak search tu, "streamtuner"


 Kemudian teruskan dengan proses memasang/install apps tersebut...


Setelah selesai, bole lauch apps tu dari Dash ataupun Launcher... Tuk pertama kali, apps tu akan tanya setting. Setting ni penting supaya apps nie tahu nak pasang radio/TV guna media player yang mana satu. Mcm Mus guna VLC Media Player sebagai default media player. Jadi, Mus tulis semua setting guna "vlc"... (^_^)"


Kemudian boleh klik save, dan anda sudah bersedia untuk layan Radio dan TV melalui Internet!!! (^_^)v"

Okay, tuk contoh nie, Mus bukak servis Shoutcast, antara servis yg popular untuk aplikasi WinAmp. Melalui SHOUTcast nie, Mus bukak kategori stesen antarabangsa dan pilih radio berbahasa Jepun.


Seterusnya, Mus pilih stesen mana yg Mus nak dengar. Mus suka dengar stesen "Japan-A-Radio"... Jadi, Mus klik dua kali kat nama Japan-A-Radio tu. Untuk perhatian, para pengguna diberi pilihan nak pilih stesen ikut "bit-rate". Lagi tinggi bit-rate, lagi puas nak dengar, tp ikut kelajuan Internet jugak ek. Setelah klik berganda kat stesen tu, ataupon klik kanan dan pilih play, pemain media akan dilancarkan... Tuk contoh nie, Mus guna VLC media player...


Bagi penggemar VLC media player, kalian sudah semestinya tahu bahawa VLC juga menyediakan perkhidmatan podcast atau radio dan tv melalui internet. Cuma dlam post nie Mus fokuskan alternatif sebab bagi Mus, agak sukar cara-cara nak guna perkhidmatan tu dalam VLC. Okay, kalau nak layan TV, boleh klik kat tab "TV" tu...


Macam biasa, klik berganda/klik kanan, play kat stesen TV mana yang anda suka. Tuk contoh nie, Mus akan pilih "Channel 99", stesen nak layan Anime... Muehehehehe...


Okay, diharap perkongsian ni dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan buat para pembara. Untuk pengetahuan para pembaca, Mus dah tau tentang perkhidmatan Internet Radio dan TV sejak dari usia 12 tahun lagi. Sbb mase tu Mus peminat tegar WinAmp. Jadi, mase tu mmg selalu layan cite anime guna WinAmp memandangkan Mus x de Astro... Hahaha...

Buat pengguna Windows, jangan frust menonggeng pulak sebab Mus buat tutorial tuk Ubuntu Linux. Bukan x nak, tp sbb skrang Mus sudah jatuh cinta ngan Ubuntu Linux. Jadi, Mus cuba untuk fokuskan dengan lebih mendalam dalam bab-bab soal Ubuntu, lebih amnya, Linux...

Kepada sesiapa yang ingin meminta sebarang nasihat atau pertolongan mengenai Linux atau Ubuntu, bole mesej Mus melalui laman sosial facebook atau twitter. Google Plus pon bole... Tp Mus ni x de la pro sangat, cuma bole membantu serba sedikit mengenai Linux nie... Lagipon Mus baru mula melekat dengan Ubuntu dari tahun lepas. Jadi, kiranya Ubuntu nie masih segar lagi kat rumah. Cuma Mus kenal Ubuntu ni sejak dari umur 13 tahun lagi. Haha, lame sungguh! Cuma masa tu Ubuntu ade byk masalah lagi, x stabil sangat. Skrang, bole dikatakan stabil sepenuhnya...

Tuk pengguna, peminat dan sesiapa yang ingin tahu mengenai Ubuntu dan Linux, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan mereka melalui laman sosial dan blog-blog yang mudah di cari melaui Pak Cik Google...

Terima kasih kerana sudi membaca tutotial saya ini... Arigatou gozaimasu!!! (^_^)v"

"Perkongsian sesama manusia = Bermakna"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Wednesday, March 13, 2013

Dusta bukan sebarang dusta...

Salam tuk semua warga pembaca... Apa kabar? Di harap sume nye baik2 saja ek. Mus kali nie just sekadar nak mengisi kekosongan yg ada... Bukan senang kalo Mus nak post ape2 dlam blog sbb slalu nye bile ade mood baru Mus akan mula taip2 kat Blogger nie. Anyway, skrang nie masih mencari idea2 segar tuk dipost dlam blog nie. Stakat nie, Mus rasa ingin nak post ttg tutorial skit dlam blog nie. Tp masalahnya, maybe semua tutorial yg akan Mus post kan sume mengenai Ubuntu Linux. Haha, nak buat cemane, dah Mus sendiri pakai Ubuntu. So, korang2 kena la jugak terjemah nak buat tutorial dalam komputer Microsoft Windows... Haha... Okay, lets move on...

Sedang aku berburu akan satu inovasi sempurna, inovasi ceria, inovasi mesra alam, inovasi yg bakal membuka ruang pemikiran sekalian manusia. Sedang manusia era globalisasi asyik mamai, dibuai mimpi menjilat gula2, segala2 nya manis, tiada masin, tiada masam, hingga kan air nikmat itu sendiri sudah membasahi kain selimut perangkap haba... Huahua, merapik sungguh Mus dlam post nie... Haha... Anyway, nie just permulaan saja. Mus pon dah lame x buat ayat2 sastera cam nie. Nak kena praktis lagi nieh... (^_^)"

Mus ingatkan nak buat tutorial psal komputer. Tp mcm yg telah Mus ckapkan sebentar tadi, Mus nie pakai Ubuntu Linux. Jadi, Mus yakin rmai yg x pakai Ubuntu dan mesti rmai yg x pernah dengar pasal Ubuntu. Bila diaorg dgar name tuh, diaorg akan pelik... "Ape Ubuntu tuh?"... Tp pabila saat mereka melihat Ubuntu dihadapan mereka, mereka akan berkata... "Wah, dasat gile Ubuntu nie"... Jadi sume pakat nak install dlam komputer diaorg sedangkan mereka sendiri tidak tahu cara untuk menggunakan Operating System(OS) tersebut. Maka mereka sangat teruja... Namun, Mus yg semakin gentar...

Sedang asyik mereka bermain ngan Ubuntu, tetiba kluar mesej ralat.. Ralat berpunca pabila mereka nak buka file ".exe". File exe nie pada asalnya mmg utk Windows. Mereka tak tahu yg Ubuntu Linux cuma pakai "deb" file sahaja. Jadi, mase tulah sume pakat mengutuk Ubuntu. Semua pasti akan marah akan Ubuntu pabila mereka sedar mereka tidak boleh main game, tak bole nak buat bende2 best, dan pelbagai lagi komen mereka...

Namun, satu perkara yg mereka tidak sedar ialah, Mus masih lagi seronok menggunakan Ubuntu. Walaupun mereka mencemuh Ubuntu, tp Mus masih lagi setia untuk menggunakan Ubuntu. Mus cuma ade satu alasan kukuh tuk mereka, "Kalian masih tidak rapat dengan Ubuntu". Itu sahaja... Untuk pengetahuan semua pembaca, Mus sudah mengenali Ubuntu sejak dari umur 12 tahun... Masa tu Mus tertarik nak beli Majalah PC dan pada waktu yg sama Majalah PC ketika itu kerap mempromosi Ubuntu. Pelbagai teknik dan ilmu telah Mus pelajari dari slot Ubuntu dlam Majalah PC. Namun, agak mengecewakan pabila Majalah PC kini tidak lagi mewujudkan slot Ubuntu. Mus sendiri tidak pasti mengapa mereka melakukan demikian padahal Ubuntu sememangnya percuma untuk dikongsi... =="

Well, Mus ngan Ubuntu dah mcm kawan rapat. Skejap Mus guna, kejap x. Sbb mase tu Ubuntu ade byk masalah sbb baru nak berkembang. Tp bila Mus dah naik umur 15 tahun, Ubuntu telah mula mencorakkan sebuah kesenangan dlam menggunakan OS tersebut tidak mengira usia... Setiap org mampu untuk mempelajarinya serta mendapatkan bantuan khas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan OS. Mus sendiri makin tertarik dgan Ubuntu. Kini, Mus telah punyai pelbagai jenis Linux. Cuma sekarang Mus masih melekat ngan Ubuntu. Mungkin kerana Ubuntu kini sudah mula dikenali oleh semua. Lebih2 lagi dgan pelancaran Ubuntu Phone, Ubuntu for tablet, Ubuntu TV dan Ubuntu for Android. Kini Ubuntu makin hampir dalam pasaran antarabangsa di mana Mus yakin Android bakal menerima satu lagi pencabar dari keluarga yg sama, iaitu Linux... Mus akan ketengahkan perbezaan ketara antara Ubuntu dan Android dlam post yg akan datang...

Apa yg bole Mus ckap, korang kene berkenalan dgan Ubuntu terlebih dahulu. Mungkin ada di antara kalian yg akan membidas Mus dgan kata2 sperti, "Linux Mint lagi best", "Kubuntu lagi best" dan blablala... Sbenarnya x kisah ek sbb Linux nie sbenarnya lebih kepada kebebasan untuk menggunakan komputer. Jadi, semua org ade distro yg mereka minat. Mcm Mus lgi suke pakai distro Ubuntu... Mgkin sbb dia lagi byk support dan kini ada byk jalinkan hubungan dgan pembekal komputer sperti HP, Lenovo dan Dell...

So, knapa dgan "Dusta bukan sebarang dusta"? Haha.... Tajuk nie mcm x de kne mengena langsung dgan apa yg Mus sembang dlam post nie. Bkan ape, Mus just kalo bole nak ekspresikan rasa tidak puas hati Mus kepada golongan2 "noob" yg sesuka hati duk kutok golongan2 Linux nie... Wpon korang2 yg fanatik sgt ngan Tingkap tu... X kisah la tingkap 7 or 8... Tp percaya lah yg korang masih dikelilingi ngan Linux... Setiap hari, spanjang perjalanan korang kat dunia nie, mesti korang akan jumpe Linux. Cume sedar atau x je... itulah hakikat yg org x bole terima ttg Linux. Anyway, tuk semua peminat Linux, ANDA SANGAT BERBAKAT DAN HEBAT! Tuk pembenci Linux, ANDA SANGAT NOOB!

Mus x suka kalo nak gaduh2 psal Linux ngan Tingkap. Bkan ape, just guna logikal akal. Apalah guna nya ada akal tp x mau nak gune. By the end, Linux sekrang makin mendominasi dan sekrang rmai org dah terbuka minda pabila kecacatan Tingkap makin menyerlah... Terpulang kepada anda untuk menyatakan pendapat masing2... Kerana ini adalah luahan dari diri saya... Terima kasih...

"LINUX RULES"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Saturday, January 26, 2013

M'buru sebuah PC...

Salam tuk semua pembaca blog sekalian. Dalam post sebelumnya Mus ada nytakan hasrat Mus tuk upgrade komputer Mus yg sedia ada. Mus telah byk buat review, survey dan berdiskusi ngan ramai pihak. Dengan hrapan, komputer Mus nnt akan stay tuned dan powerful. Anyway, mule2 Mus ingat nak just upgrade motherboard yg ade Intel Celeron D tue kpade AMD. Survey Intel, cam x best je! Haha, lagipon Mus x pernah lagi pake AMD. Teringin jugak nak mrasa produk lain... Haha, berhijrah nak dikatakan. Pilihan Mus, AMD Athlon II X2 270 3.4GHz. Haha, complete statement. Mus pilih motherboard Gigabyte jenis ape ntah, AM3 socket. Haha, kirenye tu la yg paling bajet. X mao beli mahal...

Tuk RAM Mus amik Kingston 2GB DDR3 RAM. Huh, ckup bergaya sume produk2 nie dlam kotak. Mus pon x sabo. Last2 sbelom msuk resit, mintak tlong org PC Depot tu tlong upgrade kan. Mmg Mus ade ilmu nak buat sume bende alah tu, tp risau jugak kalo suddenly ade longgar2 time nak pasang. Kang error plak, baik sruh die pasangkan walaupun die caj RM60. X kisah la, janji selamat. Hehee... Then, die pon bukak body CPU yg Mus dah bwak. Die risau, ckap yg sume bende alah dalam body desktop tu sume outdated. Mus ingat nak pake converter IDE-SATA tp orang tu x sarankan. So, Mus terdiam sebentar... X pasti nak buat ape. Msalahnye sume DVD-RW ngan Hard Disk sume pake IDE. Aisey, outdated sungguh. Haish...

Bile mak sampai, Mus cite msalah nie... Last2 discuss blek ngan org tu. Then, konfirm x nak upgrade. Instead, amik yg set baru punye. Complete ngan DVD ngan Hard Disk siap2. Tp still custom sbb kte still bole pilih ape ciri2 yg kite nak. Mus still stick ngan motherboard, processor ngan ram yang same. Then, lpas beberapa jam, Mus dah dpat PC tuh... Siap ngan keyboard dan mouse yg baru...

Balek umah, terus bagi name kat PC nie! "Mr Athelon"... Hahaha, name die mmg dah dekat ngan AMD Athlon... Mmg niat Mus nak bgi name tu bersempena ngan processor die... hahaha... Enjoy sgt dpat pake AMD... hehehe...

Anyway, ape pendapat korang ttg sume spesifikasi komputer Mus tdi? Mus mmg nak amik basic2 je. Lagipon Mr Athelon nie just buat keje rumah, bkan nak main game, thats why die basic2 je. Sebuah "aweks" tuk Mus akan menjelma jika result SPM Mus gempak, In Shaa Allah... Dan Mus mmg target nak stick ngan AMD. Kali ni nak amik AMD A10. (^_^)"

Sebarang pendapat dan komen boleh terus dihantar kepada Mus x kisah dari mane2 saluran... Terima kasih...

"Teknologi ada disekeliling kita"
-musang22693@yahoo.com
-musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily