Dari Desktop, buka aplikasi Ubuntu Software Center.
Kemudian, taip dalam kotak search tu, "streamtuner"
Kemudian teruskan dengan proses memasang/install apps tersebut...
Setelah selesai, bole lauch apps tu dari Dash ataupun Launcher... Tuk pertama kali, apps tu akan tanya setting. Setting ni penting supaya apps nie tahu nak pasang radio/TV guna media player yang mana satu. Mcm Mus guna VLC Media Player sebagai default media player. Jadi, Mus tulis semua setting guna "vlc"... (^_^)"
Kemudian boleh klik save, dan anda sudah bersedia untuk layan Radio dan TV melalui Internet!!! (^_^)v"
Okay, tuk contoh nie, Mus bukak servis Shoutcast, antara servis yg popular untuk aplikasi WinAmp. Melalui SHOUTcast nie, Mus bukak kategori stesen antarabangsa dan pilih radio berbahasa Jepun.
Seterusnya, Mus pilih stesen mana yg Mus nak dengar. Mus suka dengar stesen "Japan-A-Radio"... Jadi, Mus klik dua kali kat nama Japan-A-Radio tu. Untuk perhatian, para pengguna diberi pilihan nak pilih stesen ikut "bit-rate". Lagi tinggi bit-rate, lagi puas nak dengar, tp ikut kelajuan Internet jugak ek. Setelah klik berganda kat stesen tu, ataupon klik kanan dan pilih play, pemain media akan dilancarkan... Tuk contoh nie, Mus guna VLC media player...
Bagi penggemar VLC media player, kalian sudah semestinya tahu bahawa VLC juga menyediakan perkhidmatan podcast atau radio dan tv melalui internet. Cuma dlam post nie Mus fokuskan alternatif sebab bagi Mus, agak sukar cara-cara nak guna perkhidmatan tu dalam VLC. Okay, kalau nak layan TV, boleh klik kat tab "TV" tu...
Macam biasa, klik berganda/klik kanan, play kat stesen TV mana yang anda suka. Tuk contoh nie, Mus akan pilih "Channel 99", stesen nak layan Anime... Muehehehehe...
Okay, diharap perkongsian ni dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan buat para pembara. Untuk pengetahuan para pembaca, Mus dah tau tentang perkhidmatan Internet Radio dan TV sejak dari usia 12 tahun lagi. Sbb mase tu Mus peminat tegar WinAmp. Jadi, mase tu mmg selalu layan cite anime guna WinAmp memandangkan Mus x de Astro... Hahaha...
Buat pengguna Windows, jangan frust menonggeng pulak sebab Mus buat tutorial tuk Ubuntu Linux. Bukan x nak, tp sbb skrang Mus sudah jatuh cinta ngan Ubuntu Linux. Jadi, Mus cuba untuk fokuskan dengan lebih mendalam dalam bab-bab soal Ubuntu, lebih amnya, Linux...
Kepada sesiapa yang ingin meminta sebarang nasihat atau pertolongan mengenai Linux atau Ubuntu, bole mesej Mus melalui laman sosial facebook atau twitter. Google Plus pon bole... Tp Mus ni x de la pro sangat, cuma bole membantu serba sedikit mengenai Linux nie... Lagipon Mus baru mula melekat dengan Ubuntu dari tahun lepas. Jadi, kiranya Ubuntu nie masih segar lagi kat rumah. Cuma Mus kenal Ubuntu ni sejak dari umur 13 tahun lagi. Haha, lame sungguh! Cuma masa tu Ubuntu ade byk masalah lagi, x stabil sangat. Skrang, bole dikatakan stabil sepenuhnya...
Tuk pengguna, peminat dan sesiapa yang ingin tahu mengenai Ubuntu dan Linux, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan mereka melalui laman sosial dan blog-blog yang mudah di cari melaui Pak Cik Google...
Terima kasih kerana sudi membaca tutotial saya ini... Arigatou gozaimasu!!! (^_^)v"
"Perkongsian sesama manusia = Bermakna"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
No comments:
Post a Comment