Showing posts with label VLC. Show all posts
Showing posts with label VLC. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Tutorial : Streamtuner2 @ Ubuntu

Salam tuk semua pembaca blog terutama kepada golongan penggemar IT. Ini merupakan post pertama Mus mengenai tutorial komputer. Pada post sbelum ni, Mus ada nyatakan siap2 bahawa majoriti tutorial Mus adalah berdasarkan OS(Operating System) Ubuntu Linux. Ubuntu merupakan salah satu distro Linux yang popular di kalangan pengguna Linux. Setakat ini, Ubuntu masih sedang dalam pembangunan untuk diterapkan ke dalam telefon bimbit, tablet dan juga TV. Okay, kali ni Mus nak bagi skit tutorial tuk dengar radio dan layan TV. Lets move on... (^_^)v"

Dari Desktop, buka aplikasi Ubuntu Software Center.


Kemudian, taip dalam kotak search tu, "streamtuner"


 Kemudian teruskan dengan proses memasang/install apps tersebut...


Setelah selesai, bole lauch apps tu dari Dash ataupun Launcher... Tuk pertama kali, apps tu akan tanya setting. Setting ni penting supaya apps nie tahu nak pasang radio/TV guna media player yang mana satu. Mcm Mus guna VLC Media Player sebagai default media player. Jadi, Mus tulis semua setting guna "vlc"... (^_^)"


Kemudian boleh klik save, dan anda sudah bersedia untuk layan Radio dan TV melalui Internet!!! (^_^)v"

Okay, tuk contoh nie, Mus bukak servis Shoutcast, antara servis yg popular untuk aplikasi WinAmp. Melalui SHOUTcast nie, Mus bukak kategori stesen antarabangsa dan pilih radio berbahasa Jepun.


Seterusnya, Mus pilih stesen mana yg Mus nak dengar. Mus suka dengar stesen "Japan-A-Radio"... Jadi, Mus klik dua kali kat nama Japan-A-Radio tu. Untuk perhatian, para pengguna diberi pilihan nak pilih stesen ikut "bit-rate". Lagi tinggi bit-rate, lagi puas nak dengar, tp ikut kelajuan Internet jugak ek. Setelah klik berganda kat stesen tu, ataupon klik kanan dan pilih play, pemain media akan dilancarkan... Tuk contoh nie, Mus guna VLC media player...


Bagi penggemar VLC media player, kalian sudah semestinya tahu bahawa VLC juga menyediakan perkhidmatan podcast atau radio dan tv melalui internet. Cuma dlam post nie Mus fokuskan alternatif sebab bagi Mus, agak sukar cara-cara nak guna perkhidmatan tu dalam VLC. Okay, kalau nak layan TV, boleh klik kat tab "TV" tu...


Macam biasa, klik berganda/klik kanan, play kat stesen TV mana yang anda suka. Tuk contoh nie, Mus akan pilih "Channel 99", stesen nak layan Anime... Muehehehehe...


Okay, diharap perkongsian ni dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan buat para pembara. Untuk pengetahuan para pembaca, Mus dah tau tentang perkhidmatan Internet Radio dan TV sejak dari usia 12 tahun lagi. Sbb mase tu Mus peminat tegar WinAmp. Jadi, mase tu mmg selalu layan cite anime guna WinAmp memandangkan Mus x de Astro... Hahaha...

Buat pengguna Windows, jangan frust menonggeng pulak sebab Mus buat tutorial tuk Ubuntu Linux. Bukan x nak, tp sbb skrang Mus sudah jatuh cinta ngan Ubuntu Linux. Jadi, Mus cuba untuk fokuskan dengan lebih mendalam dalam bab-bab soal Ubuntu, lebih amnya, Linux...

Kepada sesiapa yang ingin meminta sebarang nasihat atau pertolongan mengenai Linux atau Ubuntu, bole mesej Mus melalui laman sosial facebook atau twitter. Google Plus pon bole... Tp Mus ni x de la pro sangat, cuma bole membantu serba sedikit mengenai Linux nie... Lagipon Mus baru mula melekat dengan Ubuntu dari tahun lepas. Jadi, kiranya Ubuntu nie masih segar lagi kat rumah. Cuma Mus kenal Ubuntu ni sejak dari umur 13 tahun lagi. Haha, lame sungguh! Cuma masa tu Ubuntu ade byk masalah lagi, x stabil sangat. Skrang, bole dikatakan stabil sepenuhnya...

Tuk pengguna, peminat dan sesiapa yang ingin tahu mengenai Ubuntu dan Linux, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan mereka melalui laman sosial dan blog-blog yang mudah di cari melaui Pak Cik Google...

Terima kasih kerana sudi membaca tutotial saya ini... Arigatou gozaimasu!!! (^_^)v"

"Perkongsian sesama manusia = Bermakna"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Wednesday, February 6, 2013

Hello Ubuntu Linux!!!

Salam tuk semua pembaca. Tuk post kali nie Mus nak story skit cerita pasal Mr Athelon nie... Sbagai ulangkaji, Mr Athelon dikuasakan oleh AMD Athlon II X2 3.4Ghz, 2GB DDR3 RAM, 500GB Hard Disk, Logitech Mouse & Keyboard, Samsung Multi-DVD dan mcm2 lagi. Oke, last post Mus ttg Mr Athelon, Mus ade citer pasal Win8 yg di install sbagai OS pertama tuk dicuba oleh Mr Athelon...

Namun, dalam syiok layan Win8 nie, Mus mula prasan ade sesuatu yang x kena ngan Mr Athelon nie. Bgi Mus, Mr Athelon x mgkin akan ada masalah sbb die masih baru. Bgi pendapat Mus, Win8 harus dipersalahkan. Mus mmg kagum sbb Mus x payah nak kne install driver tuk WiFi adapter yg Mus mmg ade tuk Mr Athelon, tp yg menghairankan bile internet suddenly jadi sangat lambat dan sangat lambat. Jika dibandingkan dengan netbook milik mak Mus, netbook tu lagi laju padahal netbook tu lagi jauh posisinya dari modem wifi berbanding Mr Athelon yg mmg duk sbelah ngan modem Wifi...

Mus smemangnya kehilangan kata2, x tau nak ckap ape dah... Ape yg Mus fikir masa itu, Mus nak cari alternatif yg lain... Mus mule2 cdang nak format ke Win7, tp sayang nak format blek pendrive windows installer. So, Mus amik keputusan drastik tuk install Ubuntu. Mus mule boot dan cube test sbentar dlam mood live usb user. Then, x lame lpas tu, Mus terus install setelah berpuas hati ngan mood live usb user. Install x amik masa yg lame, sbb Mr Athelon ni laju... Okay, agak2 kurang dari 20 minit, Ubuntu sudah siap dipasang... Then restart... Mula lah kehidupan Mr Athelon dengan Ubuntu didlamnya...

Mus telah byk mengambil tip2 berguna dari pelbagai pengguna Ubuntu... Kebykan mereka byk memberi beberapa perisian yg perlu dipasang untuk menjadikan Ubuntu sbgai sebuah OS yg mudah digunakan oleh org lain. Byk juga yg Mus install kat Ubuntu nie. Contoh, VLC, OpenShot, Wallch dan mcm2! Semua ade kegunaan nya masing2. Ape yg menarik ttg ubuntu nie, kite cume install applikasi sume kat Software Center. Makna nya, kita x payah nak cari kat mne installation file kat website. Kite terus search software ape yg kita nak, kluar result, amik mne yg btol, then install... Kalo buat pertama kali install, korang kne amik sumber die terlebih dahulu. Dia akan ade butang tulis "Use this source", something like that la... Then, nnt die akan install...

Lpas install, korang bole terus gne... Kan senang cam tu... X payah susah2 nak cari installation file. Tp Ubuntu still bole install apps kalo korang ade installation file die, cuma x digalakkan sbb sometimes bole ganggu software center tu... Anyway, Mus stakat nie dah byk gne VLC, GIMP... OpenShot x pasti lagi bile nak gune sbb x de tempat menarik nak shooting video...

Anyway, thanks sbb sudi baca post Mus tuk kali ini. Sebarang komen atau pendapat bole emel kepada Mus terus. Tuk sesiapa yg berminat ngan Ubuntu, korang bole ke www.ubuntu.com. Ade byk maklumat di situ. Korang jugak bole cari byk demo ubuntu kat youtube. Majoriti tip tuk masalah Ubuntu bole terus disearch kat google...

"Humanity toward the others"
-musang22693@yahoo.com
-musang63@gmail.com

Monday, February 4, 2013

Masa untuk Tekno! (^_^)"

Salam tuk semua pembaca. Erm, rase nye Mus x pernah lagi nak sembang pasal teknologi kat dalam blog nie... So just nak share something skit tuk post nie... Urm, just nak ckap basically ttg teknologi yg Mus mmg minat.. Oke... Lets begin...

Oke, basically Mus minat pasal software. Tp Mus minat jugak bab2 hardware. Oke, tuk software, Mus minat bab2 pasal FOSS (Free Open Source Software). Nie kalo diterjemah kepada bahasa Melayu maksud nye Perisian Percuma Sumber Terbuka. Maksud disebalik istilah ni ialah perisian2 yang smemangnya percuma dan boleh dikongsi kpade sume orang. Contohnya, Mozilla Firefox (my favourite), VLC (love this), GIMP (muax3) dan mcm2 lagi lah... Yg penting perisian tu mesti lah percuma dah boleh dikongsi. Sbagai perhatian pengguna semua, kalo korang pake ape software yg kne ade serial number atau crack, tu mmg sah2 bkan percuma sbb kebykkan perisian percuma x perlukan crack segala itu. Kalo nak key pon x sume pake key, sbb ade company yg nak gne key sbagai survey brape rmai pengguna yg pake produk diaorg... Oke, lets move...

Oke, Mus nak fokus nak ckap pasal software je lah kat snie. Just nak ckap pasal sumber terbuka dan sumber tertutup, Open Source dan Closed Source. Kalo open source slalu nye kita slalu pengguna dibenarkan untuk mengubah coding yang sedia ada dlam perisian itu. Sbagai contoh, Mozilla Firefox, team Mozilla nie diaorg open kan code Firefox tu tuk semua pengguna. Jdi pengguna bole ubah2 coding Firefox so dia bole jdi lebih stabil atau lebih mengikut dgan ape yg pengguna tu nak buat ngan Firefox. Lgi satu nak diingatkan, Mozilla nie sebuah komuniti yang giat membangunkan Firefox. So, sume pembangunan software bwah Mozilla sbenarnye dibangunkan melalui coding bersama oleh ahli2 komuniti Mozilla dari seluruh dunia... Thats mean, kolaborasi wujud dlam team Mozilla untuk membangunkan sebuah perisian percuma yg direka khas untuk pengguna Internet. Huhuh, thats why Mus sgt suke ngan Firefox...

Tp mmg byk cabaran yg dihadapi untuk membangunkan perisian percuma ni. Baru2 nie Mus ade tonton beberapa movie khas yg menceritakan mengenai perjalanan beberapa tokoh perisian yang berusaha sedaya upaya untuk mempromosikan perisian sumber terbuka kpada semua pengguna. Halangan demi halangan yg menimpa kebykkan nya adalah dari syarikat2 yg mengutamakan keuntungan seperti Microsoft dan Apple. Mereka sememangnya x suka kpada komuniti perisian percuma nie... Argh, Mus benci Microsoft dan Apple... =="

Anyway, byk lgi bende tekno yg akan Mus perhalusi dari masa ke semasa... Di hrap segala ilmu yg Mus kongsikan di sini dpat memberi seribu satu kebaikan kepada semua pembaca... Segala kekurangan dalam post nie diharap dimaafkan... Terima kasih...

"Hidup bebas dan percuma"
-musang22693@yahoo.com
-musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily