Monday, September 14, 2009

Jejak di Landasan Hati...



Ada angin berbicara
Kita tidak boleh bersua
Walau mata sekilat memandang
Buat selama-lamanya

Bicaranya ku endahkan
Lepaskan minda berfikiran kotor
Menjahamkan diri
Mendustakan pandangan mereka

Pergi kamu
Dengan si batu api
Mencelakakan hatiku
Selama ku jejak di dunia ini

Satu ayat sahaja
Inikah impianmu
Bersama api itu
Tanpa mu sedari
Dibakarinya

Ku tidak mampu mengubati
Apa langkah yang engkau lakukan
Itu jejak yang telah kau lakukan
Dan kekal buat selamanya...

Sedihnya hatiku... Melihat dirimu di sana... Menjauhi diriku... Namun ku sedar... Kau menjauhi diriku pasti ada kebaikannya...

-Mus

Adakah Saya Mampu Mnghasilkan Novel???

Saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel. Ibu saya sering kali meyakinkan saya bahawa kehidupan menjadi seorang penulis novel agak sukar oleh kerana memerlukan daya pemekiran yang matang. Namun, saya rasa saya sudah agak matang untuk melakukan semua ini. Lagi pun, saya sekarang sedang aktif membuat beberapa novel cinta yang bertemakan kisah sebenar hidup saya. Saya lakukan novel ini apabila terdapat masa terluang semasa di dalam kelas.

Sehingga sekarang, saya masih lagi berfikir bahawa adakah saya akan menerbitkan novel-novel ini apabila siap dikarangkan. Saya ada memberikan novel saya yang hampir siap kepada beberapa kawan saya dan mereka amat meminati novel tersebut. Mungkin disebabkan kesemua novel ini bertemakan latar belakang saya. Sampai sekarang, saya ingin membuat sebuah novel cinta fantasi di mana berlaku perebutan cinta antara dua insan berbeza bagi mendapatkan seorang lelaki. Konflik berlaku apabila didapati lelaki tersebut mempunyai rahsia yang amat besar dan rahsia ini terbongkar apabila beliau sedang menulis diarinya.

Bersambung...

Kita Bermula Dari Sini...


Setelah berapa lama meninggalkan blog ini. Saya merasakan blog ini agak bersawang terutamanya gambar saya bersama dengan model di KLCC pada bulan-bulan yang lepas. Memang betul kata-kata daripada beberapa rakan internet saya, blog jikalau ditinggalkan, sukar untuk pelayar internet mengambil blog kita sebagai hasil pencarian di Google, Yahoo, Ask dan lain-lain. Saya sepanjnag meningglakan blog ini, saya telah meninjau beberapa blog rakan saya. Saya amat kagum melihat mereka yang sentiasa mengemaskini blog mereka bukan seperti saya.

Kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah sering menyebabkan saya selalu terlupa untuk mengemaskini blog ini. Lagipun, sejak kebelakangan ini, saya tidak mempunyai sbrang topik yang hendak di fokuskan. Cuma yang ada hanya topik yang melibatkan sekolah saya. Saya rasa saya tidak patut memfokuskan tentang sekolah saya di blog ini disebabkan sekolah saya mempunyai blog yang tersendiri dan sentiasa dikemaskini oleh Pengawas Pusat Sumber.

Baiklah. Saya pun sebenarnya tidak pasti apa yang ingin saya fokuskan dalam blog ini untuk Hari Raya yang akan menjelma 5 hari lagi. Kemeriahan untuk menyambut Hari Raya ini amat dirasai di kawasan perumahan saya. Aksi bermain mercun juga berlaku di sekolah. Malangnya saya tidak dapat mengambil gambar mereka bermain mercun di belakang kelas kami. Saya akan memasukkan gambar-gambar mereka di dalam MySpace saya jikalau saya ingat untuk mengambil gambar mereka...

-MySpace (musang22693@yahoo.com)

Sabily. Linux for Muslim...

sabily