Tuesday, August 13, 2013

Satu Pertikaian yang Biasa!!!

Selamat datang, willkommen kepada semua pembaca yg sudi meluangkan sedikit nasa untuk membaca warkah2 ilham yg acapkali Mus cuba luahkan serta ekspresikan buat sekian lamanya. Alahai, betapa Mus cuba sedaya mungkin untuk mencari sesuatu topik dari minda yg wajar dipersembahkan kepada sekalian pembaca yg saya hormati. Maka, saya dengan rasa rendah hati mempersilakan tuan puan untuk meneruskan fokus pembacaan post kali ini.

Kita semua pasti mempunyai latar kehidupan yg berbeza. Namun, ianya tidak wajar dijadikan sebagai sebuah benteng penghalang hubungan erat antara kita dengan saudara2 kita di luar sana. Disekeliling kita, kita diapit dengan kepelbagaian kehidupan, masa lampau serta dilema2 yg nyata mahupun tersembunyi. Persoalannya, mengapa kita semakin berpecah-belah? Mengapa kita masih sukar disatukan? Kenapa kita malu untuk berganjak? Adakah kita masih selesa dikutuk ketinggalan zaman?

Bukan nak mengutuk, bukan nak mengata, tpi inilah realiti masyarakat yg perlu dikikis dan diperbetul. Tatkala ada yang menegur, pasti ada yg akan protes. Protes itu sihat, tpi mengapa perlu protes setiap masa? Adakah protes itu berlandaskan wawasan atau sekadar menurut nafsu dijiwa? Atau pun sekadar menurut perjanjian pertalian darah dengan makhluk yg dilaknat Tuhan? Anda punyai jawapan yg saya sendiri tidak mampu mengagak. Logikalnya, saya hanyalah manusia biasa yg menyuarakan pendapat. Namun, selaku manusia, halangan itu pasti ada...

"Engkau masih kecil, belum luas fikiran mu menerjah pemikiran warga bijaksana!", "Dari mana asalnya kamu untuk berkata2 umpama engkau dari golongan yang wajar kami patuhi?", "Adilkah bagi kami untuk menurut pendapat mu itu?", "Adakah engkau fikir kami bakal menjadi lembu suruhan untuk engkau mengarah2 segala perintah ke atas kami?"... Demikian kata2 yg kurang manis lagi menambah persoalan demi persoalan dalam minda saya. Persoalan saya, mengapa kita begitu KOLOT? Mengapa kita begitu POYO? Mengapa kita begitu MENYEDIHKAN? Sila jawab jika anda punyai wawasan selaku anak bumi negara tercinta...

Demikian drama yg masih dilaksana dengan sempurna, entah siapa penulis skrip, entah siapa direktornya. Tpi yg pasti, KITA SEDANG DIPERHATIKAN. Bukan untuk menambah KETAKUTAN, bukan nak mewujudkan satu unsur HITAM, bukan hendak menyelit satu bebanan jiwa yg kian kelusuhan KEISTIMEWAAN. Ada diantara kita yg sedar, tpi berdiam sepi kerana dugaan penyebaran waspada. Ada diantara kita yg tahu, tapi menyembunyikan diri disebalik kezaliman bagi mendekatkan dia kepada golongan yg dihormati. Inilah drama kehidupan, inilah sitkom masyarakat, inilah telenovela harian mengenai kita selaku penjejak langkah bagi memberi inspirasi kepada generasi yg bakal lahir di bumi. Adakah kita sudah bersedia? Di mana pedang mu? Di mana perisai mu? Di mana kubu pertahanan mu? Di mana tok guru pebimbing? Di mana wali yg setia doanya? Di mana para wanita pelindung kanak2? Di mana ketua pemerhati? Di mana ketua pelaksana? Di mana ketua utama?

Pastinya Mus merasakan ada dikalangan para pembaca masih tidak ketahuan akan apa yg Mus cuba sampaikan dalam post yg demikian panjang ayat serta perenggannya. Inilah diri hamba yg kadang2 datangnya ilmu secara tiba2. Inilah diri hamba yg datang ilhamnya mengejut serta meresap dijiwa. Inilah diri hamba yg gemar menulis kerana dirinya rasa perlu. Inilah diri hamba yg sering digelar seorang pelik oleh rakyat sekeliling. Inilah diri hamba yg ingin memperbetulkan apa yg kurang dlam pemikiran masyarakat era globalisasi. Inilah diri hamba yg menginginkan sebuah negara yg maju serta tidak diapit konflik duniawi. Inilah diri hamba yg sentiasa mengimpikan silaturrahim yg bpanjangan sesama insan... Inilah diri hamba, inilah diri hamba, inilah diri hamba... Sukar diteka, sukar digambar, kerana hamba ini ternyata seorang yg BERBEZA!!! (^_^)"

Apa2 pun, diri hamba ini masih bersyukur akan apa yg hamba miliki. Biar hamba tegakkan apa yg sepatutnya. Asal hamba ini bukan seorang yg bijak, rupawan, dermawan, hartawan mahupun karyawan. Hamba ini sama seperti kalian, punyai kata yg perlu diungkapkan, punya visi yg ingin disampaikan, punya harapan yg ingin dilaksanakan, punya impian yg kadang2 sukar direalisasikan. Namun, andai kita punya sepakatan dalam berbicara, satu gandingan dalam usaha, satu penghormatan sesama insan, satu peluang untuk semua, satu cinta sesama kita, pastinya diri hamba ini sangat teruja. Dalam melihat kebangkitan semula jiwa2 pemangkin kemajuan yg mundur buat sekian lamanya. Diharap kita menjadi sebuah kejutan dunia...

Sekian, salam perkenalan dari seorang hamba... Moga saudara serta saudari sentiasa berbahagia... Terima kasih... (^_^)"

Ahmad Mustaqim bin Amiruddin
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com


Sabily. Linux for Muslim...

sabily