Tuesday, March 5, 2013

Terima Kasih Mawar Berduri...

Salam tuk pembaca sekalian. Maafkan Mus kerana agak sepi sejak dua menjak nie. Ape2 pon diharap korang semua enjoy tuk baca post dari Mus tuk kali nie... Terima kasih duhai Mawar Berduri...

Mawar Berduri, nama yang agak sinonim dgan seorang wanita. Tp Mus bukan nak berbicara mengenai seorang gadis atau perempuan dalam post kali ni. Mus nak fokuskan ngan seorang lelaki yg Mus sendiri kenal. Cheh, mmg pelik kan tetibe lelaki dikaitkan dengan mawar. Agak bertentangan... Abis tu nak gne ungkapan ape? Hahaah... Okay, lets move on... (^_^)"

Mus kesepian pada mlm itu. Mus agak keletihan, tidak bermaya namun hati ini kuat untuk terus menghadap skrin komputer untuk melayari laman sesawang sosial facebook dan twitter. Mus semakin bosan dan terus membuka peti Chat Box... Dan name si dia terpamer... Lantas, Mus segera klik nama beliau dan Mus menegur si dia... Dia tidak menjwab, membisu seketika. Pada fikiran Mus, dia mgkin sudah terlena memandangkan dia bkal pulang ke rumah institut pembelajaran yg jauh tersorok di atas bukit yg sejuk tatkala malam, nyaman tatkala pagi...

Tidak lama kemudian, dia menjwab, namun jwapan nya umpama org yg lain dari nama yang asal. Pada fikiran Mus, mgkin itu ibu si dia... Mus berbicara secara formal kerana Mus sendiri pernah berurusan dengan ibu si dia... Namun, tetibe soalan lain diajukan kpada Mus... Mus agak terkejut akan pertanyaan itu. Lantas, Mus bertanyakan akan siapa si penaip itu. Si penaip mengatakan bhawa dia merupakan gadis istimewa untuk si dia... Pada saat itu Mus cuma terdiam dan tidak percaya akan pernyataan itu.

Kemudian, Mus terus membuka profil si dia, dgan harapan dapat mencari satu kebenaran yg akan menafikan pernyataan si gadis penaip itu... Namun, satu post dari dia menghancurkan hati Mus pada saat itu juga... Hati ini pecah, hancur, berkecai. tiada sebarang kata mampu diucapkan. Mus cuba untuk membaca segala komen dalam post itu, namun Mus tidak sanggup... Mus tidak sanggup membaca sebarang kata2 mereka dalam post itu...

KEJI, JIJIK, MELUAT, HINA, JAHIL... INI SEMUA DUSTA SEMATA-MATA... Mus tidak percaya akan kebenaran kata si gadis penaip itu... Mus sememangnya tidak sangka akan semua ini. Mus tidak percaya, x akan percaya, susah nak percaya... Dalam hati ni, rsa ingin pergi kepada si dia dan terus melakukan sesuatu untuk membuatkan si dia sedar akan ape yg telah dia lakukan kepada Mus... Sebuah PEMBOHONGAN YANG NYATA... Sebuah RANCANGAN TERHEBAT dlam MENJATUHKAN KEPERCAYAAN... Mus semakin BENCI MELIHAT DIA... Mus semakin MELUAT untuk bercakap ttg si dia... PERGI ENGKAU DARI HIDUP AKU...

Selepas beberapa ketika, maka berlambak lah tweet2 yg Mus post kan di laman sesawang twitter... Hanya beberapa org sahaja yg tahu akan perkara ini... Mus tidak mahu si dia tahu bahawa Mus sudah tahu akan pembohongan nya itu... Mus hanya mahu berdiam diri dan tidak mencampuri dalam urusan dirinya... Biarlah Mus bersendirian dengan dunia Mus, JGN PERNAH KAU DATANG MENGHAMPIRI AKU LAGI...

Pergilah engkau berlayar sendiri,
Usah kau hirau akan perasaan diri ku ini,
Jgn engkau toleh kebelakang lagi,
Kerna aku sesal bersama mu.
Sedang engkau perdaya diri ku,
Sedang aku menjadi mainan hiburan mu,
Saat itu aku percaya akan duka mu,
Aku jujur untuk membantu diri mu.
Kini engkau terbongkar segala dusta,
Aku sudah terluka lagi terhina,
Tiada kata putus,
Untuk aku bersama mu lagi,
SELAMAT TINGGAL,
MAWAR BERDURI...

Mus harap agar si dia faham akan coretan hati ini... Mus tidak mahu hubungan kita terputus begitu sahaja, kerna Mus masih anggap dia sebagai seorang kawan. Jgn disebabkan kes ini, ukhwah kita terputus begitu sahaja... Mus hanya mampu mendoakan agar si dia sedar akan kesilapan yang telah dia lakukan... Moga dia sedar dengan izin-Nya...

"Jiwa luka perlu penawar"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily