Tuesday, February 26, 2013

Salam Fasi dari GPMS...

Salam tuk semua pembaca kerana masih setia dgan blog ini... Muehehe, dah rupe DJ radio plak Mus nie! Ewah2. Okay, maaf sbb Mus lupa nak update perkembangan terkini yg berlaku di kem memandangkan Mus dgan berbesar hati memberi peluang kpada fasi yg lain tuk melayan laman sesawang sosial. Hurm, lets move on...
Mus pda pagi Jumaat tu bgun agak lewat, bgun2 tgok fasi2 yg lain pon sume pakat lena lagi! Dah rupe puteri beradu, sume syahdu nak bgun. Mus last2 bangkit pkul 8, sbb nak hirup udara nyaman sekitar kem ni. Pergh, udara kat Institut Pemikir GPMS, Batu Gajah ni sgt nyaman persis Tanah Tinggi Cameron. Cukup nostalgik dan ingin sekali Mus untuk ke tempat yg kian suam akibat hasil tangan manusia yg sanggup menjual khazanah alam demi kepentingan diri.
Mus masih di luar kamar Urusetia Kem, membelai seekor kucing yg Mus percaya punya genetik dari Kucing Liar. Kucing itu cukup aktif sehingga mengganggu ketenteraman kaum Adam tuk melelapkan mata sedang fajar bakal tiba semalam. Setelah itu Mus kemudian beredar ke Kantin, melihat saudara Ikhmal sedang sibuk menguruskan peti sejuk "puaka". Urgh, x bole dikenang nikmat bau hasil proses pereputan oleh bakteria terhadap kaki ayam yg ditinggalkan di dlam peti sejuk itu.
Demikian masa berlalu pergi, dan kami kaum Adam berlima sahaja yg sibuk membanting tulang untuk memperindahkan kawasan sekeliling kem tersebut. Acapkali Mus mengeluh kerana letih semakin terasa namun peluh masih belum membasahi badan. W'pon keje Mus hanya mengemop lantai, namun agak sukar bgi Mus tuk memastikan sebuah kawasan yg sangat luas itu bersih sepenuhnya dari debu dan kotoran. Hanya Allah yg tahu akan perasaan Mus pda ketika itu.
Masa berlalu pergi, setelah selesai bersiap segala, bermandikan air kolah yg dingin, memperlengkapkan diri dengan T Shirt berkolar, memperindahkan senyuman umpama seorg penggoda, Mus lantas bertemu dgan anggota fasi2 yg baru sahaja tiba. Pada pertana kali, Mus sememangnya kekok, tidak tahu perkara apa yg perlu diucapkan. Sedar x sedar, kami semua sudah mula mengenali antara satu sama lain. Sukar bgi Mus untuk mempercayai semua ini. Namun, inilah hakikah bahawa jalinan ukhwah itu semua ketentuan Allah SWT. Moga ukhwah kita berpanjangan...
Para peserta kemudiannya tiba dgan wajah yg agak blur, muahaha... Dan Mus pula makin cuak pabila melihat jam berdetik hampir dgan waktu Maghrib kerna Mus diberi tanggungjawab tuk mengendalikan slot Tazkirah di Surau. Huhu, hanya disebabkan Mus nu bdak asrama, mereka yakin yg Mus bole mengendalikan slot2 mcm nie. Haha... Mus kemudian persiapkan diri dgan segera dan siap berpakaian Jubah putih. Alahai, sgt nostalgik pabila mengenang kenangan memakai jubah sewaktu di sekolah asrama. Mlm pertama, Mus x bgi tazkirah. Mus mula bgi tazkirah pada Subuh keesokkan hari, kemudian antara Maghrib dan Isya
dan seterusnya.
Overall, sume fasi berpuas hati dgan tazkirah yg Mus berikan. Namun, Mus jdikan kem ini sbagai permulaan dlam mberikan tazkirah. Mus akan cuba lakukan yg terbaik untuk kem2 yg seterusnya... In Shaa Allah...
"Moga kenangan ini bakal menjadikan kita lebih matang"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily