Sunday, April 7, 2013

Permulaan PRU 13

Salam tuk semua pembaca blog. Maafkan Mus sebab dah lama tak update blog, Mus menghilang mencari inspirasi, kononnya! Hahaha. Okay, back to the topic. Just nak sentuh sedikit tentang PRU 13 yang bakal melanda. Semua rakyat Malaysia termasuk diri Mus ni berkobar-kobar bila saat Parlimen dibubarkan. Nak dijadikan cerita, bukan orang dewasa je yang gementar, malah bebudak lepasan SPM mcm Mus nie pun sememangnya berkobar-kobar pabila Parlimen dibubarkan. Sejurus Parlimen telah bubar, riuk rendah laman sesawang, merata melepaskan das-das kata perjuangan parti masing-masing. Berperanglah antara mereka di dunia alam maya agar apa yang mereka hajati bakal terlaksana... Diharap semua perjuangan ini adalah untuk kepentingan bersama, bukan kepentinga sendiri... Owh, sebagai pembuka bicara, nak jugak Mus upload muka PM kita yang handsome nie. Terkejut jugak Mus bila bukak laman sesawang youtube nie... :D



Okay, kepada yang anti sangat dengan PM nie, x payah nak buat kalot ek! Haha, kadang2 Mus suka cakap terus je, naik menyampah la ngan orang yang anti sangat nie, bajet macam dia pandai mentadbir kerajaan. Kalau setakat hanya pandai berkata tapi tak mampu melaksana, tak ada guna jugak kan. Baik balik kampung, tanam sayur. At least ade buat bakti kat tanah! Kan? Haha, okay, kita dah melalut dah nie. Tuk yang suka berdebat tu, sila lah menabur benih ke tanah, harap2 pokok tu mau la bercambah ek. Kalau tak bercambah tu, maybe anda yang kurang perhatian kat pokok tu, okay... Kalau paham, bagus! Tak paham, pegi masuk sekolah balek! Kita bersastera sebentar, muahahahaa... *Tengok, melalut lagi*

Okay, sbenarnya just nak sembang pasal PRU13 nie! Komen, ntah! Lantak ar, Mus bukan boleh mengundi pon. Tapi, sebagai warganegara Malaysia, Mus kene jugak ambil tahu soal perkembangan semasa mengenai pergerakan parti2 politik kat dalam negara. Masalah pertama dalam memastikan otak kita sentiasa mengikuti perkembangan semasa adalah mengenai media massa. Bila kita membaca akhbar, ada yg soksek, "Eh, tak bole baca nie, nie sokong parti Biru...", "Eh, tak boleh nie, nie duk melalut pasal parti Hijau!", "Eh, tak boleh nie, nie duk merapu pasal Roket tak jejak bulan!", "Eh... Eh... Eh... Baik hang diam, kita layan kopi o panas!"... Haha, itu lah gelagat nya! Bhahahahaaha....

Bukan akhbar sahaja yang menjadi medium untuk mempromosi ideologi2 parti politik, laman sesawang juga menjadi tempat tumpuan pada ahli politik untuk mendekati para pengundi terutama dari golongan muda. Laman sosial seperti facebook, twitter dan youtube menjadi "spot" yg sesuai bagi menyampaikan hasutan demi hasutan agar pengundi akan mengundi parti yang mereka minat. Tapi kalau pergi parti menari lagi seronok dari parti politik nie! *melalut sebentar*. So, bila kita berhujah soal beberapa kes yang sedang menjadi buah mulut di laman sosial, muncullah kaki penyibuk, senang cerita, diaorg nie nyamuk la, suka je buat org sakit hati, rasa nak mati! Muahahaha...

Saat kita membincangkan mengenai sesuatu topik umum, misalnya seperti apa yang sepatutnya wakil rakyat buat, yang geng2 fanatik ni dok mencari paku dan "martol" a.k.a. hammer la tu, duk la bertukang cari salah orang lain... Bila ada yang nak debat, dia sembang tanggungjawab. Bila disentuh tanggungjawab, di salahnya akar yang sepatutnya bertanggungjawab. Tapi apa yang tidak bermain di dalam minda, kenapa tidak bertanya kepada yang pengalir a.k.a. xylem. *tengok, sembang biologi pulak*. Kenapa perlu salahkan root kalau xylem sendiri tidak gerakkan air ke pohon/dedaun? *Kalau pening, buat2 paham* Muahahahahahaa.... *Pabila ilmu sains digunakan*

Okay, cukup2 melalut di situ... Risau jugak tuk sesiapa yang tak ambil aliran sains, tak paham pulak diaorg nnt! Huh, jadi, Mus just nak katakan, DRAMA POLITIK sedang bermula. Saksikanlah humor jenaka, dingin seram, perang saudara, pertumpahan darah, penjualan maruah, lelongan kepercayaan, dan ciuman kekecewaan... Muahahahhaha, melalut sungguh!!! Yeah, I like that!!!

Kepada yang masih tidak layan mengundi, anda sama geng dengan Mus. Pesanan Mus, jom menikmati drama2 yang sukar untuk kita nikmati, hehe! Kalau boleh jangan nak menggedik terjah dalam dunia politik kalau ilmu pentadbiran pon tak tau. Yang masih belajar tu, BELAJAR! Jangan nak menyibuk jual badan dengan parti politik. Banyak lagi benda berfaedah yang boleh anda lakukan. Tuk para blogger, diharap anda masih mengamalkan apa yang dipesan oleh Dr M, diingatkan agar anda sentiasa menjaga kata-kata anda dalam blog, jangan sampai mencemarkan maruah negara.

*nie Mus yakin nanti mesti wall fb, twitter, dan email Mus dpat byk ayat2 politik* Uweek, saya selamber je! Hahaha, nak antar ape2, kalau bole still jaga adap ek! Salam sebagai permulaan, ukhwah berpanjangan sebagai penutup. Jangan kerana politik, kawan dipanggil lawan, kekasih dipanggil anjing, parent dipanggil "dewa"? Hahaha, byk maksud tu, pikir2 kan lah, wahai homosapien yang ada akal dan otak! ><

Salam mesra buat kalian... Terima kasih! (^_^)v"

"Ready to take..."
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily