Sunday, May 5, 2013

Pandangan saya kepada semut! 5 Mei 2013

Salam kepada semua pembaca. Mus harap anda semua masih lagi sihat dan waras pada cara pemikiran anda. Sedang kita bergelumang dengan segala caci-maki, segala fitnah fantasi, dan juga manifesto yang sememangnya sukar nak dicapai melainkan dengan izin yang Maha Esa. Okay, lets move on, shall we??? (^_^)

Pemain2 watak sudah bersedia bersama ketua kumpulan, bersiap sedia bersama segala dialog yang bakal memukau segala penonton yang menyaksikan pementasan itu. Para penonton sememangnya pelbagai, ada yang sempit, ada yang terbuka dan ada yang tertutup. Apa yang perlu dilakukan oleh pemain watak ini agar dapat memikat para penonton ini agar watak itu sentiasa di hati mereka? Itu persoalan dan cita2 pemain watak pentas. Ketua kumpulan masih berkira2 akan segala yang perlu dilakukan agar anak buah beliau mampu memberikan satu impak besar dan berjaya memikat hati dan akal penonton agar sentiasa memerhati watak kegemaran mereka dalam pementasan itu.

Juri hakim masih bersama kertas2 kosong, masih menghitung pengiraan yang betul akan siapa yang bakal menaiki takhta - tempat istimewa bagi pemain watak. Namun, bukan pemain watak yang perlu kita fokuskan di dalam bicara post ini, tapi penonton itu sendiri... Mari kita ketengahkan usul ini...

Mari kita persoalkan beberapa perkara dan cuba kita jawab secara neutral...

Penyokong bersedia? Membawa segala senjata bagai. Tapi di mana parangnya? Di mana pisau nya? Di mana pistolnya? Mengapa perlu membawa senjata bagai? Siapa yang mengizinkan? Siapa yang menggalakkan? Kenapa perlu saling memulakan pergaduhan? Siapa anda untuk merosakkan harta benda awam? Akan kepada siapa anda patuh taat setia? Kenapa bukan kepada warga yang sepatutnya... SILA JAWAB...

Para kelibat dunia siber, anda sibuk bersama kelengkapan gajet pelbagai era moden. Tapi di mana benar kata2 anda itu? Kenapa perlu membantah dengan cara yang tidak rasional? Kenapa perlu meyakinkan orang dengan berita palsu? Kenapa menggunakan teknologi sebagai alat penipuan? Kenapa tidak menggunakan teknologi sebagai medium untuk berkhidmat secara jujur dan bersih... SILA JAWAB...

Dan persoalan itu kembali semula kepada siapa yang mereka berkhidmat. Kenapa perlu memberikan segala janji2 manis kepada mereka? Akan apa yang engkau ingin capaikan? Adakah kerana dunia? Atau akhirat? Biarpun saya tidak seberapa sempurna, tapi saya masih ada hak untuk berbicara. Saya ingin mempersoalkan akan apa yang sepatutnya anda berikan kepada kami selaku warganegara. Engkau yang sepatutnya menjelaskan mengapa kita hidup di bumi ini, bukan menggalakkan kita saling menjatuhkan sesama umat.... SILA JAWAB...

Yes, mungkin apa yang ingin saya persoalakan di sini tidak begitu jelas. Sekali lagi, keadaan sekeliling juga yang mempengaruhi akan apa yang bakal saya tulis dalam laman ini. Namun, ingin saya tegaskan di sini. Mengapa kita selaku orang warga asal bumi ini masih percaya akan fitnah segala ini. Pabila ditanya semula siapa yang memulakan fitnah ini, mereka ialah orang pada asalnya bukan orang asli bumi ini... FIKIRKAN...

Kenapa perlu UBAH? Kita tidak perlukan sebarang perubahan. Saya bukan Pro kepada mana2 pihak. Bagi pendapat saya, saya sudah cukup bersyukur dengan segala yang ada. Lalu ada yang menyibuk, "Pergi lah engkau dengan syukur kau tu. Pergi la menggedik dengan duduk diam kau tu...". Persoalan saya, "Kenapa anda perlu berkata demikikian? Adakah anda sangsi? Adakah anda tidak puas hati? Kenapa tidak suarakan melalui saluran yang betul? Siapa yang pengaruh awak untuk berkata demikian?"

Lantas dia sendiri yang menjawab, ya, memang benar sekali akan konspirasi yang sedang berlaku. Sedang kita warga Melayu menganjung orang2 yg tidak sepatutnya disanjung. Ke mana pergi tangisan buat Baginda S.A.W.? Maka, orang kembali bertanya, "Engkau bajet agama apsal? Dengan segala pemakaian dan adat pon tak betul..."

Maka, lihatlah akan mentalliti umat akhir zaman. Apa yang perlu saya lakukan, membunuh atau mengutuk? Biarlah mereka bersama pemikiran mereka sendiri. Saya sedar akan diri saya, saya sedar akan post ni tidak lah sehebat debat2 para politik yang mengutarakan budi bicara yang sememangnya lagi bernas dari apa yang saya suarakan. Tapi saya ingin bertanya, kenapa kita masih perlu protes? Atas dasar apakah? Apa yang anda mahukan sebenarnya?

Setelah sekian lamanya Malaysia ini sudah bebas, masih ada suara yang tidak berpuas hati. Sebab yang saya tahu, mereka mahu memerintah. Tiada salah jika mahu memerintah, tapi mengapa perlu protes akan sistem yang sudah sedia ada? Sudah cukup sempurna sistem yang sedia ada ini. Sistem yang telah nenek moyang kita perjuangkan. Pabila mereka merujuk kepada hujahan2 beberapa orang yang menyuarakan pendapat bernas a.k.a. "backup", saya cukup sedih melihat akan siapa yang menulis segala suara pendapatnya... Dia bukan warganegara asli kita...

Dia hanyalah warganegara pendatang yang mahu kaum mereka sendiri mentadbir negara ini. Di sini, saya tiada niat untuk sebarang konflik perkauman, namun bagi saya, kita sepatutnya sudah cukup sedar akan apa yang telah kita peroleh. Pabila kita bersuara akan kepuasan, kembali persoalan, "Engkau puas dengan segala benda ni, memang la, sebab itu memang tanggungjawab mereka untuk beri bende alah tuu...". Persoalan saya kembali, "Di mana konsep kesyukuran anda?". Kira untung lah mereka memberi, jika tidak, pasti kita juga yang merana... Sekali lagi, nafsu juga yang menjatuhkan kedaulatan negara kita...

Pabila melihat kepada dunia luar, kita sememangnya di pandang sebagai sebuah negara yang aman damai, tapi mengapa perlu kita menjatuhkan persepsi masyarakat luar dengan segala perkara buruk yang dilakukan semata2 kerana politik? Cukup memalukan. Dan pabila konsep perkauman disentuh, saya masih teringat akan sebuah negara dimana rakyat nya bersatu untuk menentang konsep "racism", kenapa mereka begitu bersemangat untuk menentang "rasicm"? Saya sendiri tidak pasti. Di Malaysia, kita menangani masalah rasicm secara adil, di mana konsep Ketuanan perlu dikekalkan sebagai tanda pemilik assal negara tersebut... Malangnya, segelintir dari kita mahu menjatuhkan konsep Ketuanan ini...

Penyokong, SETUJU! "Biarlah Ketuanan itu tiada, asalkan kita dapat memerintah..." Persoalan saya, jika Ketuanan itu tiada, siapa anda di muka bumi ni? Alien? Warga asing? Entah bila anda akan sedar bahawa negara kita bakal dirampas kembali? FIKIRKANLAH...

Sekali lagi, pelbagai lontaran akan dihujahkan. "Engkau siapa nak menyibuk dalam hal kami?" Maka kepada buku2 hujah saya rujuk, saya masih berpegang kepada Konsep Ketuanan yang kita daulatkan sejak zaman kemerdekaan. Dan mereka masing2 menutup telinga kerana golongan seperti itu hanya akan insaf jika mereka sendiri merasai perit2 hidup zaman penjajahan era globalisasi... Maka, anda sendiri yang mampu menilai akan siapa yang perlu anda pangkah... Ops, pilihanraya sudah berakhir...

Jangan bubarkan Ketuanan Melayu, Parlimen, dan Institusi Raja-Raja Melayu. Ini adalah cara yang sepatutnya kita kekalkan. Sebarang perhitungan tidak wajar diketengahkan oleh warga asing. Siapa mereka dalam mengusik adat2 resam sejak zaman nenek moyang?

Kekalkan apa yang sepatutnya demi masa depan anak watan. Kekalkan MARA, GPMS, dan juga PTPTN. Tidak wajar jika difikirkan logik akal jika agensi2 ini dibubarkan. Jika tidak, mengapa orang zaman dulu masih boleh berjaya melalui agensi2 ini? Maka FIKIRKANLAH...

Doakan lah agar kita masih berdaulat atas Konsep Ketuanan Melayu dan bersama Parlimen juga Institusi Raja-Raja Melayu... InsyaAllah...

"Together we fight in rationalism"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily