Friday, August 16, 2013

Bisiknya Hati Suatu Pagi... 1682013

Hati ini rasa ketinggalan, rasa kekurangan, rasa kehampaan. Mungkin kerana mesej terakhirnya yang berbaur kebencian. Aku ini mungkin sudah dilupakan oleh si dia, tapi adakah aku dihina dari belakang? Aku cukup berharap agar dia hanya tutup buku perasaan namun tidak menebalkan istilah benci dalam kamus kehidupannya. Aku tahu akan silap ku, tapi aku juga mahu dia tahu akan siapa diri ku. Aku hanya seorang manusia, sebegitu diri nya. Tapi adakah hati kita bakal sama walaupun kita sesama manusia? Itu persoalan yang perlu diteliti dan difahami. Mungkin benar ianya salah aku kerana tidak begitu menghiraukan diri mu. Tulus dari hati ini, tiada berasaan benci terhadap mu. Tapi tulus dari hati ini, cukuplah dengan sekadar kemesraan serta hubungan yang sederhana. Andai diizinkan, mungkin kita boleh menjadi lebih mesra. Maafkan diri ku andai diri mu terasa terasing, dipinggir, serta ditinggalkan. Tiada niat, tiada kehendak dihati ini untuk mencemuh mahupun menhilangkan sebarang kenangan yang telah kita lalui tempoh dahulu. Apa yang aku mahukan, agar kita kembali seperti biasa. Biarlah kemesraan itu kembali seperti dahulu kala, namun aku masih mengharapkan kesederhanaan itu dari kamu. Ku harapkan yang terbaik dari mu, kerana dari hati ini, aku masih setia untuk kekal bergelar seorang teman dalam hidupmu. Ku doakan agar engkau masih bahagia dan mampu mencorak satu perubahan... Mungkin sudah tiba masanya untuk aku perbetulkan apa yang salah antara kita, agar silaturrahim itu tidak berhenti dengan tanda noktah dalam mesej kebencian itu... Sekian... :'(

"Andai ini luahan dari hati, ku harap ianya kekal mekar untuk dihayati..."

Ahmad Mustaqim bin Amiruddin
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily