Thursday, March 7, 2013

Ujian JPJ 6 March 2013

Salam tuk semua pembaca. Terima kasih kerana sudi mencemar duli ke laman blog hamba yg tidak seberapa enak dipandang, tidak sehangat golongan Tuan Hot... Haha, merapu sebentar... Anyway, Mus hrap korang semua enjoy dengan post Mus yg sbelum nie. Stakat ni, Mus dpat byk feedback dari kwan2, majority sangat terkejot akan "ayat-ayat" dalam post tersebut. Trimas skali lagi Mus ucapkan... Apa2 pon, lets move on... (^_^)"

Pagi yg indah, sedang matahari menyinar dan cuba menyelinap ke dalam kamar ku, aku masih lemah terbaring, sedikit gementar namun memikirkan sebuah misi yg harus dilaksanakan pada hari tersebut. Ku capai telefon bimbit yg makin dimamah usia namun penuh jasa, dan di situ terpamer waktu yg sangat berharga. Ku bangkit lantas menggelunsur jari-jemari ku pada skrin telefon pintar ku pula. Ku mula membaca segala perkara urusan yg tidak ku layan ketika mencapai dunia alam kedua. Setelah selesai coretan di alam maya, ku segera bersuci lantas bersiap sempurna demi menghadapi dugaan yg sebenar.

"Adakah engkau sudah bersedia?" bisik hati ku yg kian takut, kian ditenggelami kegelapan perkataan 'GAGAL'. Ku cuba tenangkan hati ini, agak sukar. Namun, ku pasti hati ini bakal sinar dan terus bersinar jika 'Lulus' diperolehi. Demikian aku terus meyakinkan diri ini untuk menyempurnakan segala tugasan pada hari tersebut. Hanya aku yg masih berbisik sendiri, berbisik ayat2 suci agar keyakinan ini bakal menebal lantas memberi satu kejayaan yg bermakna. Aku harus yakin pada diriku...

Okay, Mus hilang mood skit nak bersastera panjang. So, Mus just cite skit la ek... Hahaa... Erm, okay! Agen Mus dtang amik Mus dari rumah dan kteorg gerak ke LSA naik motor, bukan kereta. Yep, bkan kereta. Padahal Mus nak amik test kereta aritu, tp biarkan lah. Uncle Chan nie mmg lain dari yg lain... Hahahaa... Setibanya sahaja kat LSA, Uncle Chan memberikan harapan yg penuh agar Mus lepas ujian JPJ nie. Dan Mus terus melangkah menuju ke ruang penantian di mana terlampau ramai makhluk berkumpul di situ. Ada yang berdiri, ada yg duduk, masing2 dgan hal sendiri. Mus bersyukur kerana dpat berjumpa dgan senior Mus mse kat SMK ABC. Sedikit sebanyak kami dapat berdiskusi mengenai Universiti dan aliran yg ada. Dan Mus saat itu perlu menilai semula akan pilihan yg bakal Mus ambil... =="

No 43, itu lah nombor giliran Mus tuk ujian JPJ nie. Taklimat sebentar, kemudian buat parking. Sementara tu sempat jugak jumpa kwan lama, Puteri, Wanie... Haha, makin besar ek anak dara dua org tuh. Lunch, mkan roti dan milo ais, nyum nyum... Then, buat parking! Naik bukit kne buat dua kali. Lepas. Then buat parking plak. Dua2 lepas cume org JPJ tegur sbb x angkat tangan. Okay, my mistake. Kemudian, syiok, then bratuk amik jlan tuk ujian Jalan Raya. Dpat G, area Bercham. Syiok jugak sbb dapat jalan yg mmg slalu lalu. Haha... Agen pon senyum sokmo... Penantian yg ckup lama, sempat sembang ngan Puteri lagi. Haha, kemudian sampai giliran, tengok2 org JPJ tu bwak balek sorang student, x lepas. Kesian sungguh ngan student tu, nangis2 die sbb dpat 6/20. Byk btol salahnya. Dan time tu lah Mus makin cuak...

Sume jalan lancar sehingga org JPJ tu ckap direct ngan Mus... "Kmu bwak kreta nie bole x bwak mcm org biasa? Jgn slow sgt, jgn laju sgt! Bwak cam normal, x payah nak slow2, okay..." nada dia agak tegas. Mus okay je kalo nak bwak normal, cuma maybe nnt sangkut2. Bwak stakat tu okay, org tu ade la jugak tegur2 skit. Then bwak kreta, ade mse Mus lupe nak gne signal, brek pon mcm haram... Hahaha... Then tengah syiok sbb sume bjalan lancar, kat on the way balek LSA, kat area dpan kedai mamak, Mus naik bukit dan berhenti kat situ sbb time tu x de kreta, so just msuk la kat situ. Tetibe lampu isyarat hijau, dgan confident nak pecut, tp tetibe KERETA MATI ENJIN! =="

Mus makin cuak dan org JPJ tu pon sruh Mus cpat hidupkan enjin. Enjin dpat dihidupkan dan Mus terus pecut dgan tekan minyak gila2... Haish, mase tu Mus mmg pasrah kalo gagal tuk ujian nie, mmg salah Mus pon sbb mati enjin kat situ... Mus makin MOODY, makin MOODY, makin MOODY!!! =="

Mus kembali ke LSA dgan muka yg AMAT MOODY, MMG PASRAH!!! Mase tu pon Mus dah x kisah kalo gagal... Parking kreta kat tepi, kemudian org tu suruh sain... Mus pon sain la bende tu... Tp tengok2 kat bwah tu... LULUS!!!!!!

"Yeeeeeeeehhhhhaaaaaaaaaaaaaaaawwwwwwwwwwwwwwwww, AKU DAH LULUS! AKU DAH LULUS! AKU DAH LULUS!" Punye la Mus enjoy sbb dah lulus. Wpon org JPJ tadi tu garang, tp at least Mus dah LULUS!!! Hahaha... Balek mmg muke bersinar2 je... Hahaha.... Balek terus post kat Twitter, Facebook... Rmai yg ucap congratz. Mus pon nak ucap terima kasih atas semua ucapan kwan2 yg sgt AWESOME... (^_^)"

Anyway, Mus masih menanti sebuah kejutan besar, iaitu Lesen P tuk kreta. Agen Mus janji lesen tu akan siap dlam masa satu hari. Stiker pon akan mula dibeli dan ditampal di kreta... Haha, syiok ya Amat!!!! (><)"

So, itulah exited bile amik lesen... Lebih kurang ngan exam jugak. Mule2 perit, bila dah sukses, rase seronok sgt... Enjoy ya Amat!!! Hahaha... Hrap2 korang enjoy baca post kali nie... Wassalam...

"Every task is easy by looking on it"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com

Sabily. Linux for Muslim...

sabily