Friday, May 24, 2013

Saya semakin besar...

Salam kepada semua pembaca blog. Pertama sekali Mus nak beribu ribu minta maaf sebab dah lama tak update blog ini. Memandangkan Mus punya masa kelapangan, Mus memutuskan nak cerita sikit tentang apa yg sedang Mus lalui sekarang. Lets move on...

Tak mahu cerita pasal result SPM, tu cite lama, hahaha. Sekarang ni nak fokus kisah Mus selepas result SPM tu. PRU13 pon telah berlalu pergi namun kesan kesan kebangkitan itu masih menular atas rasa ketidakpuasan hati oleh segelintir pihak. Apa pun, di harap segala tindakan saudara serta saudari tidak bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan seterusnya hukum hakam agama...


Mula mula Mus dapat tawaran ke Matrik Pahang. Memang tak sangka, sekejap gelak, sekejap pelik dan sekejap macam orang gila. Memang pelik bila dapat jauh jauh sangat dari umah. Tapi ada jugak yang meyakinkan Mus bahawa "Jauh perjalanan, luas pemandangan". Kadang kala Mus pon mcm excited pulak nakmasuk Matrik ni. Tapi bila mengenang nak kena pulun sakan, rasa mcm malas pulak nak pergi. Serious talk, KPM sangat kejam dengan batch 95 sbb campak kami jauh2 dari tempat tinggal.

Okay, Alhamdulillah, Mus dapat tawaran ke Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah. Sejurus selepas itu, Mus dapat tawaran ke GMi, Kajang. Lepas tu dapat UTeM Melaka. Kesemua offer tu memang Mus dapat untuk pilihan Mus. Bersyukur sangat2 bila dapat, tapi kepala naik pening sebab tak tau nak pergi mana lepas nii. Parent Mus pon open je , tak kisah kalau Mus nak pergi mana mana, janji pulun tuk study.

Sekarang Mus masuk Kolej MARA Kuala Nerang sementara berfikir tuk offer yg lagi dua tuu... Stakat ni sangat best sbb dpat jumpa kwan2 baru. Mereka sangat la AWESOME!!! Sangat seronok dapat cari geng baru... Alahai, hati ni pon dah mula berat nak tinggalkan KMKN ni... ><

So, peace no war ek tuk sekalian pembaca. Harap2 kalian sudi untuk memberikan sebarang cadangan dan pendapat mengenai kisah Mus ini serta adakah pilihan Mus ini tepat? Segala respon Mus dahulukan dengan ucapan terima kasih... (^_^)"

"Yakini akan sesuatu keajaiban"
Munakata Nakashima Kyousuke
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
-facebook-twitter-instagram-keek-

Sabily. Linux for Muslim...

sabily