Friday, March 1, 2013
Pelik tapi benar...
Sedang dia berjalan, aku terpaku melihat si dia. Dia masih bersama langkahnya, timbul tanda tanya akan ke mana dia bakal tuju. Aku masih tepat memandang si dia, tiada dapat ku lepas cengkaman pandangan ku terhadapnya. Dan dia mula melangkah lagi, dengan harapan agar dia berada bersama teman yg dia percaya. Aku tunduk, tiada kata. Kerana dlam hati ku, aku fikir yg dia akan berasa janggal. Lebih2 lagi akan diri ku yg tidak dia kenal, seterusnya bakal mengundang rasa hairan akan perangaiku terhadapnya...
Okay, so thats it. Sedikit sajak? Haha, tp inilah yg Mus agak runsingkan sebenarnya. Mcm ada satu perasaan, satu "feeling". Mase peserta dari SMK Dato' Sagor tu dtang ke Kem, Mus mmg exited lagi2 bile tengok diaorg pakai uniform. Sangat kemas. Rse nostalgik dan Mus teringin plak nak pakai bju sekolah. Pernah jugak terlintas dlam fikiran Mus nak pakai baju sekolah bile nak buat gathering. hahaa, bukan ape, memori semase remaja merupakan memori yg terindah. Walaupon ada suka dan duka, tp memori remaja adalah memori yg paling sukar untuk dikembalikan dan dirasai semua. Jadi, gunakan lah masa anda sebagai remaja sebaik mungkin. Memori pasal remaja akan Mus fokuskan dlam post yg berikutnya...
Sebaik sahaja melihat peserta2, mse tu Mus tetiba kne amik gamba, aisey. Mus dah la x suke pegang kamera org lain. bkan ape, just takut rosak. Jenuh plak aku nak kne ganti. Muahahaaa... Okay then. Sedang asyik membanting tulang sebagai fasilitator di Kem tersebut, Mus tertarik dgan sorang budak nie. Ntah le ape namenyer. Mcm pelik je. Muahahaa... Okay, tu persepsi pertama. Lpas tu plak, tengok die nie, mcm x biasa je dgan keadaan sekeliling. Mcm "Freshman", agak pendiam, tiada kata, tak byk sangat buat pasal, cam acting je... Hahahaa... Tu yg Mus tertarik tu... Haaa... Mmg pelik kan.. Tetibe dpat perasaan seumpama itu... Haha...
Maka Mus pon menjalankan tugas utama Mus sbgai Pendakwah di kem tersebut. Terus terang Mus katakan, ni merupakan Kem pertama yang Mus join dan memegang satu amanat yg besar untuk mentarbiyah anak2 didik yg menyertai kem ini. Mmg agak janggal bile nak conduct event2 keagamaan memandangkan Mus nie bukan nye arif sgt bab agama. Namun, Mus yakin yg kita selaku umat Islam perlu saling berkongsi ilmu dan saling nasihat-menasihati sesama insan dalam mengejar Jannah di akhirat kelak... Amboih, mcm Ustaz la plak... hehehe... Mcm yg Mus ckapkan tadi, Mus cume berkongsi ilmu sedikit-sebanyak yang mgkin... Hehee....
So, back to the topic. Alhamdulillah, Mus berjaya berkenalan dengan budak yg Misteri tu... Muahaahaa... Agak kelakar sbb "instinct" Mus terkena lagi... Haish, mmg pelik. Spanjang perjalanan Mus nie, "instinct" nie dah byk kali terkena. Hahaa, mmg menarik, tp bile dah terkena, rase mcm "Fall in Love" la plak. Mmg lar, bkan senang nak jumpe org yg byk persamaan dengan kita... Kan... Kan.. Kan... ? Bile dah jumpe ngan org tu, rse nak lepak ngan die lame2! Hahaha...
Anyway, kem nie sgt syok! Bole la. haha... Mus just wish all the best tuk student SMK Dato' Sagor. Semoga anda sukses dan menjadi pemimpin yang berjaya. Sori kalo terkasar bahasa spanjang kem. Dan jgn terkejut bile tengok Mus nie sorang yg berbeza di dunia realiti dan dunia siber... Jgn terkejut, sbb tu mmg diri Mus yg sbenar... Muahahaha... Okay, I think thats all for this post... Sbarang kekurangan akan ditambah dlam post yg seterusnya... But next time maybe just update from mobile phone... Nak gi kem dah nie... hahaha... All the best ek!!!
"Leader are person who believe in their self"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
Tuesday, February 26, 2013
Salam Fasi dari GPMS...
Mus pda pagi Jumaat tu bgun agak lewat, bgun2 tgok fasi2 yg lain pon sume pakat lena lagi! Dah rupe puteri beradu, sume syahdu nak bgun. Mus last2 bangkit pkul 8, sbb nak hirup udara nyaman sekitar kem ni. Pergh, udara kat Institut Pemikir GPMS, Batu Gajah ni sgt nyaman persis Tanah Tinggi Cameron. Cukup nostalgik dan ingin sekali Mus untuk ke tempat yg kian suam akibat hasil tangan manusia yg sanggup menjual khazanah alam demi kepentingan diri.
Mus masih di luar kamar Urusetia Kem, membelai seekor kucing yg Mus percaya punya genetik dari Kucing Liar. Kucing itu cukup aktif sehingga mengganggu ketenteraman kaum Adam tuk melelapkan mata sedang fajar bakal tiba semalam. Setelah itu Mus kemudian beredar ke Kantin, melihat saudara Ikhmal sedang sibuk menguruskan peti sejuk "puaka". Urgh, x bole dikenang nikmat bau hasil proses pereputan oleh bakteria terhadap kaki ayam yg ditinggalkan di dlam peti sejuk itu.
Demikian masa berlalu pergi, dan kami kaum Adam berlima sahaja yg sibuk membanting tulang untuk memperindahkan kawasan sekeliling kem tersebut. Acapkali Mus mengeluh kerana letih semakin terasa namun peluh masih belum membasahi badan. W'pon keje Mus hanya mengemop lantai, namun agak sukar bgi Mus tuk memastikan sebuah kawasan yg sangat luas itu bersih sepenuhnya dari debu dan kotoran. Hanya Allah yg tahu akan perasaan Mus pda ketika itu.
Masa berlalu pergi, setelah selesai bersiap segala, bermandikan air kolah yg dingin, memperlengkapkan diri dengan T Shirt berkolar, memperindahkan senyuman umpama seorg penggoda, Mus lantas bertemu dgan anggota fasi2 yg baru sahaja tiba. Pada pertana kali, Mus sememangnya kekok, tidak tahu perkara apa yg perlu diucapkan. Sedar x sedar, kami semua sudah mula mengenali antara satu sama lain. Sukar bgi Mus untuk mempercayai semua ini. Namun, inilah hakikah bahawa jalinan ukhwah itu semua ketentuan Allah SWT. Moga ukhwah kita berpanjangan...
Para peserta kemudiannya tiba dgan wajah yg agak blur, muahaha... Dan Mus pula makin cuak pabila melihat jam berdetik hampir dgan waktu Maghrib kerna Mus diberi tanggungjawab tuk mengendalikan slot Tazkirah di Surau. Huhu, hanya disebabkan Mus nu bdak asrama, mereka yakin yg Mus bole mengendalikan slot2 mcm nie. Haha... Mus kemudian persiapkan diri dgan segera dan siap berpakaian Jubah putih. Alahai, sgt nostalgik pabila mengenang kenangan memakai jubah sewaktu di sekolah asrama. Mlm pertama, Mus x bgi tazkirah. Mus mula bgi tazkirah pada Subuh keesokkan hari, kemudian antara Maghrib dan Isya
dan seterusnya.
Overall, sume fasi berpuas hati dgan tazkirah yg Mus berikan. Namun, Mus jdikan kem ini sbagai permulaan dlam mberikan tazkirah. Mus akan cuba lakukan yg terbaik untuk kem2 yg seterusnya... In Shaa Allah...
"Moga kenangan ini bakal menjadikan kita lebih matang"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
Friday, February 22, 2013
Wow, lepak2 fasilitator...
Salam tuk warga pembaca. Mus melaporkan dari Institut Pemikir GPMS, Perak! Muehehehe...
Smlm just awesome, mmg awesome. Kami slaku fasilitator telah mula brainstorm aktiviti dan aturcara program tuk skola yg bkal dtang pada ari Jumaat. Perbincangan ni smemangnya agak membebankan, namun kami cuba permudahkan segala galanya memandangkan kami diberi tanggungjwab spenuhnya tuk mengendalikan kem kali ni. Tambahan pula, Mus ni baru pertama kali nak melibatkan diri ngan GPMS ni. So, Mus mmg exited and x sabar nak memulakan aktiviti.
Setakat ni baru ade 5 fasilitator tmasuk Mus kat Institut nie, yg akan dtang pada hari Jumaat. Namun, Mus rse agak kekok sbb rsenye Mus sorang je fasilitator yg berlatar belakangkan kehidupan sekolah berasrama. Jadi, ade jugak fasi yg ajak Mus jdi Imam. Muahahaha, bkan x nak, tp Mus x de la pro mane pon nak jdi Imam. Tp bile pikir balek, mcm best jugak jdi Imam ni. Lgpon Mus ads bwak jubah! Hahaha...
Brainstorm yg agak panjang berlarutan sehingga pkul 2 pagi. Perut tetibe rase lapar, sbb dari tadi mmg x mkan mlm lgi. Mule2, ingatkan diaorg saje2 ckap nak kluar gi makan. Tengok2, mmg kteorg kluar gi mkan. Kami jlan kaki ke jalan besar dan terus menuju ke sebuah restoran yg masih lagi beroperasi. Perjalanan agak jauh namun menyeronokkan sbb jlan waktu pagi camtuh! Hehehe...
Sampai2, trua jamah makanan. Mus mcm biasa, Nadi Goreng Ayam ngan Fresh Orange, muehehehe. Then, bergurau sende ngan fasi2. Sambil2 tu sempat jugak share2 ilmu pasal politik bagai, hahah. Sgt seronok bile kite buat kaji selidik secara mendalam untuk mengetahui agenda pihak tertentu dlam sejarah pemerintahan atau penubuhan negara...
Dah tamat segala perbincangan, kami pulang segera ke Institut... Balek Institut ade masalah. Bkan ape, Mus dah biasa tidur lewat, jdi susah nak tido... Mcm2 dah buat, tp still x tido. Lame2 tu tertido suddenly... Hahaha... Bgun pagi, mmg fresh, sejuk jugak kat sni... Huhu...
Okay, stakat nie saje laporan dari Institut Pemikir GPMS, Perak. Laporan seterusnya akan dtang okay! Wassalam... (^_^)"
"Politik itu kepentingan diri"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
Kesedihan atas kejahatan...
Salam tuk warga pembaca, terimas Mus ucapkan kpada yg sudi follow. Mus skrang berada di Kem Pemikir GPMS, Perak. Stakat ni semua bjalan lancar dan mmg sronok sbb dpat bkenalan dgan kwan2 yg akan bsama sama mjayakan kem yg bkal diadakan dlam beberapa hari je lagi. Okay, lets move on our topic.
Seronok dlam hati bile dpat peluang untuk kembali berdiri di bumi Pendang. Itulah bumi di mana Mus cuba untuk memahami perkara yg masih belum fasih, agar SPM Mus mdapat keputusan yg cemerlang dan bakal menempatkan Mus di Universiti seterusnya menyambung pelajaran dlam bidang yg Mus minat. Itu lah corak perjalanan yg Mus ramal dan ingin sekali Mus lalui saat itu...
Perjalanan panjang dari Ipoh ke Pendang sememangnya meletihkan. Namun hasrat hati yg ingin bertemu dgan adik junior tidak pernah mbuatkan diri Mus brasa letih akan perjalanan tersebut. Setibanya di maktab Pendang, Mus cukup senang dan bersedia secukupnya untuk bertemu dgan mereka. Msej telah dihantar kpada salah seorang dari mereka agar mereka tahu akan kehadiran Mus. Mus semakin bersemangat. Kereta mula perlahan dan berhenti betul2 dihadapan blok asrama Tuah. Dan Mus mula keluar dari kereta, dgan penuh harapan agar Mus disambut oleh junior dgan senyuman mesra riang dan kami bermula berbicara soal masing2.
Namun, tiba2 kedengaran suara terjerit2. Suara itu ckup Mus knal namun sukar bgi Mus untuk mengetahui di mana asal dtangnya suara itu. Mus mula perasan akan dua tiga makhluk yg brada di tingkat tiga, begitu dekat dgan tingkap. Mus ckup knal dgan muka2 tsebut.
Mjadi persoalan, wajarkah mereka memanggilku dgan nama yg kurang sopan di hadapan kedua ibu bapa ku? Mus sememangnya bsyukur sbb parent Mus langsung x tahu akan nama yg kurang sopan itu. Mus blakon sepenuhnya tuk x mempedulikan akan panggilan nama yg sgt mengjengkelkan itu. Lantas Mus mcapai telefon bimbit, dan segera memangkah golongan yg hina itu...
Siapakah mereka dihadapan aku? Mereka lah manusia yg x mengenang apa itu budi pekerti, tiada budi pekerti, tidak mengenal betapa tingginya langit itu. Sememangnya aku x menyangka akan pbuatan dusta mereka itu... Tiada lagi kata indah buat mereka...
Wahai warga Pendang, andai inilah sifat yg anda sangjungkan, maka kejatuhan yg besar menanti anda, sudah ditentukan akan satu kejatuhan bgi golongan sperti kamu, tidak kah kamu menyedari? Sedang kamu seronok memalukan saudara kamu sendiri, kamu lupa akan berkat doa org yg sentiasa memohan akan keberkatan dari yg Maha Esa, tidak kah engkau menyedari? Aku tidak pernah mcari kesalahan diri kamu, ini kan pula kamu mcari segala salah silap ku, dan kemudiannya mdustakan segala kebenaran kata kata ku, tidak kah tiada nilai sopan dlam diri mu?
Wahai warga Pendang, ku hrap bkal blaku satu transformasi, yg bkal menjadikan ukhwah tjalin spenuhnya, ku hrap dikau berasa MALU akan fikiran mu, ku hrap engkau BENCI akan KOLOT nya bicara mu, ku hrap engkau SEDARI apa yg engkau lakukan, ku hrap agar engkau TIDAK SEGAN untuk memulakan sesuatu yg baharu... Ku hrap engkau FAHAMI akan ulasan ku ini...
"Hentikan dusta bencana"
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
facebook, twitter, youtube, myspace...
Thursday, February 21, 2013
Memorial Perjalanan
Tuk sesiapa yg masih belum kenal ngan diri Mus nie, hehe, Mus nie single lagi... Hahah, oke, bkan nak promote. Tp sbenarnya dalam hati ni byk jugak calon2, tp just mcm x bole jalan je. Sepanjang perjalanan Mus sbgai homosapien, mmg byk bebenor kenangan yg telah Mus lalui. Apa yg acapkali buatkan diri Mus ini tersenyum, hanya disebabkan kenangan Mus bercerita kisah perjalanan Mus yang jauh itu dgan kwan2 lain mase kat asrama. Bgi Mus, Mus rase sangat bertuah sbb dpat melalui perbagai jenis pengembaraan. Mus masih ingat lagi akan beberapa junior di asrama yg exited sangat2 bile Mus nak bercerita ttg adventure yg Mus telah lalui...
"Abg Mus, cite la lagi kisah adventure abg tuh..." mereka tidak pernah jemu. Wpon Mus ketika itu mula mamai kerana letih seharian di sekolah, namun Mus cuba untuk riangkan mereka dengan bercerita. Kadang-kala cerita itu ibarat sebuah kisah dongeng agar dijadikan pedoman sebelum mereka lelap merehatkan diri. Maka Mus mula bercerita... Apa yg membuatkan mereka tertarik, adalah kerana perbezaan sosial yg telah Mus lalui. Yup, bergaul dengan golongan yg amat pelik, samseng, penjenayah, bakal protestant, ahli muzik, ahli gusti, pelakon murahan, penjual maruah dan bermcm2 lagi... Hahaha....
Mereka tidak pernah jemu, tidak pernah sesekali mengeluh, tidak pernah sesekali membantah. Malah, mereka asyik mendengar kerana mereka pasti ada sesuatu yg bole mereka pelajari dari kisah itu. Mus cuba untuk kelentong sebentar dgan mereka. Namun, melihat kesetiaan mereka yg tidak berbelah bahagi, Mus bercerita dgan mereka perkara2 yg mmg benar berlaku dalam hidup Mus... Sememangnya mereka pendengar yang baik...
Terkenang kepada mereka sentiasa membuatku tersenyum, ingin aku kembali ke tanah yg begitu dingin itu, menarik hembusan pagi yg pasti segar, menikmati suasana alam semula jadi yg pasti sukar dirasai dek pembangunan ekonomi globalisasi. Tanah itu tanah yg tinggi, berdiri tegak bangunan yg subur dan kukuh, sedia berbakti agar anak bangsa dpat dididik, agar warga bijaksana mampu mencorak alunan kehidupan diri, sebelum melangkah ke arus yg lebih deras. Inilah bumi mekar dengan para ilmuan, jgn dibiarkan ia tercemar dengan kotoran fikiran pesong, jagalah ia dengan sepenuh kasih, curahkan jasamu dgan kegemilangan yg tinggi, buktikan kpada dunia yg kita mampu berjaya, moga kita bahagia di dunia serta akhirat jua...
Alahai, x sangka begitu indah coretan sajak istimewa buat mereka... Warga Pengkalan Hulu yg bijaksana, moga didoakan akan kecemerlangan Mus akan bakal menjelma, doakan seikhlasnya agar ukhwah kita berpanjangan hingga ke syurga, doakan agar kita masih ketemu selepas ini, doakan agar kita selamat di muka bumi ini... Salam rindu, salam sayang, salam kasih buat semua penghuni maktab yg kian mengukir sejarah... (^_^)"
Wassalam...
musang22693@yahoo.com
musang63@gmail.com
Twitter, facebook, youtube, myspace....
